7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (23-27 November 2020)

1,020

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Jerman (Isnin 4.30 Petang): Sesi Eropah pada awal minggu akan menerbitkan data pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dengan data Jerman akan menjadi tumpuan utama sebagai ekonomi terbesar. Bacaan data semasa untuk bulan November akan memberi gambaran kesihatan ekonomi sama ada kekal baik atau semakin merosot.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Isnin 5.30 Petang): Seterusnya menyusul data PMI pembuatan dan perkhidmatan di UK dengan jangkaan bacaan yang sedikit menurun pada bulan ini berbanding bulan sebelumnya.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan AS (Isnin 10.45 Malam): Pada sesi New York pula, sektor ekonomi Amerika Syarikat pula akan dinilai menerusi bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk bulan November.

Iklim Perniagaan Jerman Tinjauan ifo (Selasa 5.00 Petang): Data yang menjadi salah satu pengukur kesihatan ekonomi di Jerman melalui tinjaun perniagaan terhadap suasana pasaran semasa ini akan memberi petunjuk kepada pelabur terhadap perniagaan di masa hadapan. Namun, terdapat jangkaan bacaan tinjauan akan sedikit menurun pada November.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Rabu 9.30 Malam): Bacaan terbaru bagi pertumbuhan KDNK AS untuk suku tahun ketiga dijangka tidak berubah daripada bacaan awal yang diterbitkan bulan lalu yang telah dikemaskini meningkat.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Pelabur akan memberi tumpuan pada minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) untuk mesyuarat November bagi butiran lebih jelas berkenaan polisi monetari.

Minit Mesyuarat ECB (Khamis 8.30 Malam): Bank pusat Eropah (ECB) bakal menerbitkan minit mesyuarat untuk mesyuarat polisi Oktober. Pelabur akan mendapatkan petunjuk berkenaan polisi pelonggaran yang dirancang sebelum penghujung tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat