7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (24-28 Februari 2020)

623

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Jualan Runcit New Zealand (Isnin 5.45 Pagi): Kadar jualan runcit mencatat lonjakan ketara pada suku tahun yang berakhir pada September iaitu 1.7% setelah dikemaskini. Bacaan kadar jualan pada suku terakhir 2019 mencatatkan penurunan 0.7% lebih rendah berbanding jangkaan 0.8%.

Iklim Perniagaan Jerman Tinjauan Ifo (Isnin 5.00 Petang): Indeks perubahan iklim perniagaan di Jerman menurun pada Januari tersasar berbanding jangkaan pasaran. Jangkaan bacaan bulan Februari sedikit menurun dengan sektor pembekal perkhidmatan serta pembinaan dilaporkan pada sentiment yang merosot. Namun perdagangan dan pembuatan melaporkan peningkatan pada sentimen perniagaan.

Data Keyakinan Pengguna Amerika Syarikat (Selasa 11.00 Malam): Indeks keyakinan pengguna yang dilaporkan oleh Conference Board (CB) meningkat pada Januari selepas peningkatan sederhana pada Disember tahun lalu. Bacaan untuk Februari dijangka akan terus meningkat.

Data Jualan Rumah Baru Amerika Syarikat (Rabu 11.00 Malam): Selepas gagal mencapai sasaran peningkatan pada jangkaan bulan Disember 2019, jualan rumah baru di Amerika Syarikat untuk bulan Januari diramalkan meningkat. Bacaan positif akan memberikan petunjuk kesihatan ekonomi semasa.

Data Keyakinan Perniagaan ANZ (Khamis 8.00 Pagi): Indeks keyakinan perniagaan di New Zealand yang dilaporkan oleh AND mencatatkan peningkatan tertinggi sejak Oktober 2017 untuk bacaan Disember yang didorong oleh sektor pembuatan. Pasaran akan meneliti tinjauan perniagaan yang terbaru dengan kebimbangan dicetuskan oleh ancaman wabak Coronavirus.

Bacaan Awal Pertumbuhan GDP A.S (Khamis 9.30 Malam): Data yang mengukur perbezaan tahunan nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh ekonomi ini akan menerbitkan bacaan awal dengan jangkaan meningkat untuk suku terakhir 2019.

Data Pertumbuhan GDP Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Ekonomi Kanada berkembangan pada 0.1% November tahun lalu selepas menguncup 0.1% bulan sebelumnya. Industri penghasilan makanan catat pertumbuhan setelah menguncup 2 bulan berturut-turut sebelum itu. Pertumbuhan hasil pembuatan mendatar sementara pertanian, perhutanan, perikanan dan perlombangan mencatatkan pertumbuhan yang menurun. Industri perkhidmatan postifi namun pengangkutan dan sektor gudang menyusut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat