7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (25-29 Mac 2019)

963

Berikut adalah sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Tinjauan Keyakinan Pengguna di Amerika Syarikat (Selasa 10.00 Malam): Keyakinan pengguna sebelum ini terjejas ekoran isu penutup kerajaan namun dilihat semakin pulih. Bacaan angka 131.4 pada Februari berkemungkinan akan sedikit meningkat untuk jangkaan pada bulan Mac pula.

Penetapan Kadar Faedah di New Zealand (Rabu 9.00 Pagi): Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% seperti sebelum ini dan berkemungkinan juga akan memberi isyarat tiada kenaikan kadar dalam mesyuarat akan datang. Negara tersebut sedang berdepan isu serangan pengganas di Christchurch, namun implikasi yang berlaku akan mengambil masa untuk dilihat kesannya.

Data Imbangan Dagangan di Kanada (Rabu 8.30 Malam): Data yang melibatkan kadar import dan eksport barang di Kanada ini dijangka akan sedikit meningkat dari bacaan -4.6b sebelum ini kepada -2.3b.

Data Pertumbuhan GDP Amerika Syarikat (Khamis 8.30 Malam): Kadar pertumbuhan tahunan yang meningkat kepada 2.6% sebelum ini adalah di luar jangkaan berikutan pertumbuhan yang dilihat bergerak perlahan. Namun, jangkaan bacaan pada data kali ini menurun kepada 2.4%.

Data pertumbuhan GDP di UK (Jumaat 5.30 Petang): Mengikut laporan sebelum ini, pertumbuhan ekonomi mencatatkan bacaan 0.2% pada suku tahun terakhir 2018. Bacaan data pada kali ini juga dijangka kekal seperti bacaan sebelumnya.

Data Inflasi Zon Eropah (Jumaat 6.00 Petang): Kadar inflasi di zon Eropah bergerak sederhana selepas beberapa bulan berada di paras lebih tinggi berikutan faktor harga minyak. Jangkaan bacaan data pada kali ini dijangka bakal menunjukkan peningkatan.

Kadar Pertumbuhan GDP di Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Kadar pertumbuhan menguncup kepada 0.1% pada Disember lalu, bacaan yang mengecewakan. Pelabur akan melihat pula laporan pertama pertumbuhan untuk tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat