7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (27-31 Mei 2019)

920

Isu perang dagang AS-China masih berterusan menghiasi berita pasaran kewangan pada minggu ini dan selain itu juga, tumpuan adalah pada berita terbaru berkenaan pengumuman peletakan jawatan oleh Perdana Menteri Britain, Theresa May.

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China lebih tertumpu pada teknologi berbanding perdagangan di mana Amerika telah melancarkan sekatan besar-besaran terhadap syarikat teknologi gergasi China, Huawei sehingga membuatkan syarikat tersebut hampir lumpuh.

Perkembangan di UK pula, Perdana Menteri Theresa May telah mengumumkan akan melepaskan jawatan beliau sebagai pemimpin pada 7 Jun ini selepas berterusan gagal mendapatkan sokongan untuk pelan perjanjian Brexit beliau.

Berikut adalah sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keyakinan Pengguna di Amerika Syarikat (Selasa 10.00 Malam): Kadar keyakinan pengguna menunjukkan peningkatan untuk beberapa bulan sebelum ini. Selepas mencatatkan angka 129.2 pada April, jangkaan bacaan pada bulan Mei dijangka meningkat kepada 130.1. Sentimen positif menunjukkan jualan runcit yang kukuh.

Penetapan Kadar Faedah di Kanada (Rabu 10.00 Malam): Bank of Canada (BOC) kembali menukarkan kenyataan hawkish mereka sebelum ini dan tidak berhasrat untuk menaikkan kadar faedah pada mesyuarat kali ini. Kadar faedah dijangka akan masih kekal di paras 1.75% namun nada kenyataan susulan oleh Gabenor akan mempengaruhi dagangan dolar Kanada. Gabenor Stephen Poloz dan ahli mesyuaratnya akan kekal menumpukan pada laporan data pekerjaan.

Data Pertumbuhan GDP Amerika Syarikat (Khamis 8.30 Malam): Data GDP keluaran kedua akan dikeluarkan. Data keluaran pertama menunjukkan ekonomi berkembang 3.2%, lebih baik berbanding jangkaan. Sedikit penurunan dijangkakan pada bacaan GDP kali ini kepada 3.1%.

Data PMI Perkilangan China (Jumaat 9.00 Pagi): Data ekonomi di China bakal menjadi tumpuan pelabur untuk mengukur tahap kesihatan ekonomi kedua terbesar dunia itu di mana turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi global. Jangkaan data PMI perkilangan pada bacaan kali ini sedikit menurun berbanding bulan sebelumnya.

Data Inflasi Jerman (Jumaat 8.00 Malam): Jangkaan data adalah menurun kepada 0.3% berbanding bacaan sebelum ini iaitu pada 1.0%. Namun data PPI Jerman serta harga jualan borong yang meningkat bakal menyokong bacaan data pada kali ini.

Data Pertumbuhan GDP Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Data pada Februari menunjukkan ekonomi menguncup kepada 0.1%, lebih rendah berbanding ramalan. Data pada Mac akan terkesan oleh data imbangan dagangan yang lemah pada suku tahun pertama, namun data jualan runcit meningkat.

Data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi di Amerika Syarikat (Jumaat 8.30 Malam): Data ini juga merupakan indikator bagi FED untuk mengukur kadar inflasi. Bacaan data bakal terkesan oleh purata pendapatan dan kadar jualan runcit yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat