7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (5-9 Oktober 2020)

976

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan sepanjang minggu ini.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Isnin 10.00 Malam): Sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat masih dinilai berada pada tahap yang baik dengan peningkatan pada bacaan data tinjauan ISM sejak beberapa bulan yang lalu. Bacaan terbaru diunjurkan di paras yang baik.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) terus mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% sejak Mac lalu. Jika RBA berikan petunjuk untuk kadar yang lebih rendah, dolar Aussie akan mengalami penyusutan pada dagangan minggu ini.

Data Pengeluaran Perindustrian Jerman (Rabu 2.00 Petang): Setelah bacaan yang diterbitkan pada September lalu merosot ke paras 1.2%, bacaan terbaru bagi bulan Ogos dijangka turut rendah sekitar 1.5%. Di samping faktor inflasi yang rendah juga, bank pusat bakal bertindak untuk memulihkan ekonomi yang semakin perlahan.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Tumpuan akan terarah pada minit mesyuarat yang diterbitkan oleh Federal Reserve (Fed) untuk mesyuarat polisi September. Pelabur akan menilai pandangan oleh para penggubal polisi yang berdasarkan keadaan ekonomi AS yang kini masih berdepan ancaman gelombang pandemik terbaru.

Data Tuntutan Pengangguran AS (Khamis 8.30 Malam): Walaupun angka tuntutan semakin menunjukkan penurunan selepas berada di bawah paras 1 juta, corak penurunan pada angka bacaan dilihat masih perlahan dengan tuntutan masih lagi tinggi di atas 800,000.

Data Pertumbuhan KDNK UK (Jumaat 2.00 Petang): Laporan bulan pertumbuhan bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di UK menunjukkan peningkatan pada 6.6% untuk Julai menandakan pertumbuhan baik bagi tiga bulan berturut-turut. Peningkatan pertumbuhan kekal dijangkakan untuk bulan Ogos sekitar 4.6%.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Peningkatan bagi pertambahan pekerjaan di Kanada telah menunjukkan corak penurunan sejak 2 bulan lalu. Pada Ogos, pekerjaan telah menurun kepada 245,800 daripada 418,500 pada bulan sebelumnya. Terdapat jangkaan untuk corak penurunan tersebut akan berlaku bagi laporan terbaru untuk bulan September.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat