7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (7-11 Disember 2020)

1,009

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Pengeluaran Perindustrian Jerman (Isnin 3.00 Petang): Sektor pengeluaran di Jerman akan dinilai sebagai ekonomi terbesar Eropah untuk memberi gambaran kepada pelabur tahap kesihatan ekonomi semasa. Jangkaan bacaan sedikit meningkat selepas bacaan sebelum ini gagal mencapai jangkaan.

Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (Selasa 6.00 Petang): Data tinjauan pelabur institusi di Jerman menunjukkan kejatuhan pada angka bacaan di bulan November namun bacaan terbaru dijangka akan kembali meningkat.

Data Inflasi China (Rabu 9.30 Pagi): Kadar inflasi di China akan turut menjadi tumpuan pelabur dengan petunjuk kesihatan ekonomi kedua terbesar dunia tersebut akan mempengaruhi pasaran global. Kebimbangan adalah pada jangkaan untuk bacaan inflasi tahunan China yang merosot.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 11.00 Malam): Bank of Canada (BOC) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras terendah pada 0.25% selepas penurunan ke paras tersebut sejak Mac lalu.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Khamis 3.00 Petang): Pertumbuhan GDP UK untuk bulan Oktober diramalkan masih meneruskan corak penurunan selepas bacaan data terus susut 3 bulan berturut-turut. Bacaan untuk bulan Oktober dijangka lebih rendah pada 0.4% berbanding 1.1% bacaan sebelum ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Eropah (Khamis 8.45 Malam): Menjadi tumpuan pada minggu ini, European Central Bank (ECB) dijangka akan meningkatkan pelonggaran polisi dengan jangkaan penganalisis sehingga 600 bilion Euro untuk suntikan dana.

Data Inflasi AS (Khamis 9.30 Malam): Kadar inflasi Amerika Syarikat kekal berada di paras rendah dengan kesan pemulihan ekonomi yang perlahan. Turut diterbitkan bersama adalah data tuntutan faedah pengangguran AS yang akan memberi gambaran perbelanjaan pengguna di AS.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat