7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (9-13 Disember 2019)

509

Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pertumbuhan GDP UK (Selasa 5.30 Petang): Laporan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNP) bulanan untuk Oktober ini akan menjadi laporan terakhir sebelum pilihan raya bermula. UK berjaya melepasi risiko kegawatan pada suku ketiga dengan pengeluaran yang berkembang 0.3%. Namun, dua bulan terakhir ini menunjukkn sedikit penguncupan.

Sentimen Ekonomi ZEW Jerman (Selasa 6.00 Petang): Tinjauan perniagaan di Eropah, sentiment ekonomi masih berada di paras negative. Bacaan terbaru yang melepasi paras 0 akan mencerminkan laporan optimis.

Data Inflasi Amerika Syarikat (Rabu 9.30 Malam): Indeks harga pengguna AS akan dikeluarkan beberapa jam sebelum mesyuarat FOMC dan bakal mempengaruhi keputusan Federal Reserve. Bacaan data dijangka menurun bagi bulan November dan lebih menjarakkan dari sasaran bank pusat.

Meyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Selepas tiga pemotongan kadar faedah, Fed dijangka akan mengekalkan kadar untuk mesyuarat terakhir bagi tahun 2019. Pengerusi Fed, Jerome Powell melihat ekonomi berada dalam keadaan yang baik walaupun beberapa data ekonomi penting menunjukkan bacaan lemah.

Mesyuarat Bank Pusat Switzerland (Khamis 4.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah hampir 5 tahun. Kadar dijangka akan terus dikekalkan pada mesyuarat terbaru. Sebarang perubahan bukan sahaja akan mempengaruhi dagangan Swiss franc malah, turut memberi impak terhadap euro.

Mesyuarat Bank Pusat Eropah (Khamis 8.45 Malam): Keputusan mesyuarat yang dipimpin oleh Christine Lagarde sebagai Gabenor European Central Bank (ECB) terbaru akan menjadi perhatian pasaran. Pelabur bakal nantikan jika berlaku perubahan pada kadar faedah yang telah dikekalkan di paras sifar sejak penurunan pada Mac 2016.

Data Jualan Runcit Amerika Syarikat (Jumaat 9.30 Malam): Perbelanjaan pengguna meliputi 70% ekonomi AS dan dijangka jualan Black Friday bakal mempengaruhi bacaan data jualan bagi November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat