7 Fakta Mengapa UAE Akan Menjadi Negara Utama Yang Memimpin Dunia Dalam Teknologi

204

Sejak akhir tahun 2016 sehingga tahun 2017 pelbagai reformasi telah dilakukan oleh United Arab Emirates (UAE). Pada bulan November, UAE telah berjaya mengumpulkan 700 pakar teknologi masa hadapan dalam satu mesyuarat tahunan Global Future Councils. Mesyuarat ini bertujuan bagi mengumpulkan idea dan perancangan tindakan bagi mendepani masa hadapan.

7 perkara yang cuba direalisasikan oleh UAE sebagai strategi negara bagi mendukung revolusi industri keempat.

1. Menteri pertama kecerdasan buatan (AI)

Pada bulan September 2017, UAE telah mula melakukan persiapan sebuah hub global dalam teknologi dan inovasi. UAE telah melantik Omar Bin Sultan Al Olama sebagai menteri pertama kecerdasan buatan (AI).

2. Keretapi Pneumatic dan Teksi Terbang.

UAE telah menyatakan hasrat untuk menjadi negara pertama yang melancarkan revolusi teknologi Elok Musk iaity Hyperloop One. Iaitu sistem pengangkutan berkecepatan tinggi dengan menciptakan tekanan rendah yang membolehkan kapsul tersebut bergerak dengan kecepatan yang amat laju. Perjalanan dari Abu Dhabi ke Dubai hanya akan memakan masa 12 minit.

UAE juga berhasrat untuk memperkenalkan teksi terbang dengan menggunakan drone. Pada bulan September, Dubai telah melakukan uji cuba pertama kali. Projek itu dijangka boleh digunakan sepenuhnya pada 5 tahun akan datang.

3. Peruntukan berbillion dolar dalam pendidikan.

Bagi mendukung pembangunan infrastruktur masa hadapan, UAE memerlukan ramai pakar dalam pelbagai bidang. Negara tersebut telah mengumumkan projek 1 Juta Programmer.

4. Penggunaan Robotcop.

Keselamatan negara dan polis Dubai akan didukung dengan pegawai polis robotik. Dijangka 25% pekerjaan polis akan diambil alih oleh robot pada tahun 2030.

5. Perbelanjaan atas talian ke seluruh tanah Arab.

UAE telah memperkenalkan e-commerce dalam daerah Mena. Projek tersebut dijangka akan mendorong pertumbuhan pasaran perdagangan elektronik $20 billion pada tahun 2020.

6. Bangunan pejabat dengan menggunakan 3D printting.

Pada tahun 2016, Dubai merupakan negara pertama yang telah memperkenalkan bangunan pejabat termasuk peralatan menggunakan 3D printed.

7. Bandar pertama yang menggunakan teknologi blockchain.

Penggunaan teknologi blockchain telah menjadi bahagian penting dalam usaha Dubai untuk membawa bandar dan negaranya ke satu tahap yang baru.

Pada bulan Julai lalu Dubai telah mengumumkan untuk menjadi kerajaan pertama di dunia yang mendukung dan menggunakan teknologi blockchain dalam kebanyakkan urusan.

sila baca disini untuk lebih lanjut ; https://intraday.my/pada-tahun-2020-dubai-akan-menjadi-negara-dan-kerajaan-pertama-yang-menggunakan-sistem-blockchain/

Dubai dipercayai akan menjadi salah satu negara utama yang akan memimpin dunia dalam perkembangan teknologi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat