7 News Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (5-9 Mac)

1,156

Pasaran forex pada minggu ini akan memberi tumpuan kepada empat mesyuarat bank pusat utama dunia yang termasuk ECB (European Central Bank), BoJ (Bank of Japan), BoC (Bank of Canada) dan RBA Reserve Bank of Australia.

Selain itu, data NFP (Non-Farm Payroll) Amerika Syarikat juga akan dikeluarkan pada Jumaat. Sudah tentu data ini menjadi tumpuan pasaran setiap awal bulan kerana kesannya yang besar khususnya kepada pair US dolar.

Berikut adalah tujuh news besar tumpuan pasaran minggu ini:

#1 Data Sektor perkhidmatan UK (Isnin)

Sektor perkhidmatan adalah sektor ekonomi terpenting dalam ekonomi UK khususnya dalam sektor perbankan yang mana United Kingdom digelar sebagai pusat kewangan dunia. Oleh sebab itu, pada minggu ini ia menjadi antara tumpuan pasaran. Data PMI sektor perkhidmatan UK akan dikeluarkan pada Isnin pukul 5.30 petang.
#2 Mesyuarat Bank Pusat Australia, RBA (Selasa)

Bank pusat Australia ini akan mengumumkan polisi semasanya pada Selasa pukul 11.30 pagi. Pasaran menjangka RBA akan mengekalkan kadar faedah sekali lagi di paras 1.50%. Ekonomi Australia ketika dalam keadaan baik tetapi bank pusat bimbang dengan hutang isirumah yang semakin meningkat dan kadar gaji yang perlahan. Bank pusat mengunjurkan kadar faedah akan dikekalkan di paras 1.50% sepanjang tahun ini.
#3 Mesyuarat Bank of Canada, BoC (Rabu)

Bank pusat Kanada juga dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya pada Rabu pukul 11 malam. BoC menaikkan kadar faedahnya pada Januari selepas data pekerjaan merekodkan bacaan positif dua bualn berturut-turut. Namun, selepas daripada itu data pekerjaan merekodkan kejatuhan yang agak banyak. Kebimbangan bank pusat yang terbaru pula sudah tentu tindakan Trump yang meletakkan tariff kepada import keluli dan aluminium.
#4 Data imbangan perdagangan China (Khamis)

Data perdagangan China sebenarnya penting untuk dilihat oleh pasaran kerana ia menggambarkan kesihatan ekonomi global. Biasanya data perdagangan China banyak memberi kesan kepada matawang Aussie kerana kebergantungan Australia terhadap eksport ke negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.
#5 Mesyuarat Bank Pusat Eropah, ECB (Khamis)

ECB seperti biasa akan mengumumkan polisi pada Khamis pukul 8.45 malam. ECB dijangka akan terus mengekalkan polisinya dan pasaran akan lebih menumpukan kepada panduan (guidance) yang diberikan oleh bank pusat. Selepas itu, pasaran akan berfokus kepada sidang media Mario Draghi pukul 9.30 malam selepas pengumuman dibuat 45 minit sebelum itu. Pasaran akan memberi tumpuan kepada komen ECB terhadap matawang Euro dan pembelian bon di masa hadapan.
#6 Mesyuarat Bank Pusat Jepun, BOJ (Jumaat)

Bank pusat Jepun akan mengumumkan polisi terbarunya pada Jumaat. Penetapan polisi oleh BoJ ini menjadi lebih penting selepas komen Kuroda tentang penamatan rangsangan monetari pada 2019. Selepas tindakan bank pusat mengurangkan amaun pembelian bon jangka panjang minggu lalu, pasaran akan cuba mendapatkan isyarat lebih lanjut tentang perkara ini pada Jumaat.
#7 Data Non-Farm Payroll, NFP AS (Jumaat)

Amerika Syarikat akan mengeluarkan data terbaru pekerjaan Amerika Syarikat pada Jumaat iaitu satu data yang ditunggu-tunggu oleh trader setiap awal bulan. Pasaran menjangka pekerjaan meningkat sehingga 204,000 dengan kadar gaji dijangka kekal 0.3%. Kadar pengangguran pula diramalkan semakin berkurangan sehingga ke paras 4.0% berbanding bacaan sebelum ini iaitu 4.1%. Pasaran akan lebih menumpukan kepada data kadar gaji (average hourly earnings).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat