7 Sebab Menjadikan Forex Trader Sebagai Pekerjaan Terbaik Di Dunia

2,916

Kini, ramai yang sudah mula menceburi bidang pelaburan dan yang terbaru, mereka mula berjinak-jinak dengan pertukaran matawang asing atau forex trading.

Ada yang memilih untuk menjalankan pekerjaan tersebut secara sepenuh masa atau pun sambilan. Namun, adakah anda tahu bahawa forex trader dianggap sebagai salah satu pekerjaan terbaik di dunia?

Pasti timbul pelbagai persoalan yang berlegar-legar di fikiran anda iaitu mengapa ianya dianggap sedemikian? Apa yang menyeronokkan apabila bergelar seorang forex trader?

Terdapat 7 sebab mengapa forex trader dianggap sebagai pekerjaan yang terbaik di dunia.

1. Tidak mengira latar belakang

Kerjaya ini langsung tidak mengira apa yang anda lakukan sebelum belajar mengenai forex. Apa yang dititikberatkan ialah kemampuan untuk terus mengaut keuntungan daripada pasaran.

Tiada kelulusan dari universiti? Jangan risau, kerjaya sebagai forex trader tidak memerlukan itu semua.

2. Boleh dilakukan di mana sahaja

Dunia teknologi semakin canggih, segala maklumat berada di hujung jari anda. Begitulah dalam pekerjaan sebagai forex trader, anda bebas bekerja di mana sahaja yang mempunyai akses kepada internet walaupun anda sedang mengembara.

3. Modal yang rendah

Pasaran yang lain seperti pasaran hadapan memerlukan modal sekurang-kurangnya $25,000. Dalam forex, anda boleh memulakan langkah dengan $100 melalui trading nano lots.

Nano lots membolehkan anda berhadapan dengan risiko yang sangat kecil sebanyak 1% atau kurang daripada itu.

4. Belajar mengenali diri

Salah satu pengembaraan hebat dalam kerjaya ini ialah untuk mengenali diri sendiri. Wang boleh mendorong manusia bertindak di luar kawalan namun, anda akan belajar bagaimana untuk menguruskannya serta membantu untuk menjadi trader yang lebih baik.

5. Cipta sebuah kehidupan yang sesuai dengan personaliti anda

Forex trading mempunyai pelbagai strategi yang bersesuaian sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek. Jadi, anda boleh memilih sama ada strategi yang sesuai berdasarkan kekuatan dan kemampuan anda untuk menjamin forex trading yang berjaya.

Ada pekerjaan lain yang sedemikian?

6. Mendorong kreativiti

Pekerjaan ini mampu menjadikan anda seorang yang kreatif. Dalam pemilihan strategi forex trading, anda perlu bertindak dengan bijak.

Selain itu, kreativiti anda diperlukan dalam membuat keputusan supaya dapat menjamin forex trading yang efektif.

7. Masa untuk hubungan dan keluarga.

Anda memiliki jadual masa yang lebih fleksibel dan lebih banyak masa yang boleh diluangkan bersama orang yang tersayang. Ini antara salah satu ciri yang dicemburui oleh rakan-rakan anda kerana banyak masa mereka dihabiskan di tempat kerja berbanding masa bersama keluarga.

Justeru itu, ramai individu memilih forex trader sebagai kerjaya mereka kerana terdapat banyak kelebihan yang diperolehi melalui kerjaya tersebut. Jadi, apa tunggu lagi? Jom mula trade forex!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat