7 Tahun Lalu Penghantar Pizza Ini Menerima Tip Dalam Bitcoin Dan…

2,939

Pengguna Reddit ini tidak menyangka dirinya dihubungi oleh seorang penghantar pizza kerana tip Bitcoin (BTC) yang diterima pada 7 tahun lalu!

Nak dijadikan cerita, pada Disember 2013, pengguna Reddit yang dikenali sebagai btcbible menceritakan pengalamannya menawarkan dua pilihan bayaran tip sama ada berbentuk tunai atau Bitcoin kepada seorang penghantar pizza.

Penghantar pizza yang tidak didedahkan namanya itu bagaimanapun bertindak bijak memilih tip dalam Bitcoin apabila ditawarkan dengan $5 tunai atau 0.05 BTC yang diberi menerusi wallet kertas.

Just gave the pizza guy a paper wallet as a tip (0.0069BTC ~ $5) with instructions and email address if he needs help – went better than expected! from Bitcoin

Kemudian, btcbible memberi penghantar pizza tersebut cara untuk mengimport private key yang tersedia menerusi Electrum. Pada masa itu, harga seunit BTC mencecah $774.

Terbaru, btcbible dalam posting malam tadi, memberitahu dirinya dihubungi oleh penghantar pizza selepas 7 tahun kerana mahu mendapatkan cara memindahkan simpanan tersebut ke dalam hot wallet.

7 years ago, I gave a pizza guy a $5 tip in BTC (.05 BTC at the time). That $5 tip is now worth over $2850. Today, I received this. from CryptoCurrency

Dengan rekod lonjakan Bitcoin paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $58,330 pada malam tadi, BTC tersebut bernilai lebih $2850 dengan lonjakan melepasi 7,000% sejak pizza tersebut dihantar.

Pengguna Reddit itu menjelaskan bahawa dirinya bukanlah jutawan Bitcoin memandangkan telah mencairkan kesemua simpanan pada tahun lepas untuk membeli sebuah rumah. btcbible juga memaklumkan ketika dia membuat penawaran itu, penghantar pizza tersebut tidak begitu mengenali kripto tetapi faham dengan konsepnya.

Ini mengingatkan kepada kisah seorang programmer yang membeli dua keping pizza dengan harga 10,000 BTC pada nilai $41 ketika itu. Harga semasa menjadikan pizza tersebut bernilai lebih $557 juta, menjadikan pizza itu termahal di dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat