$700 Juta Dibawa Keluar Dalam Masa 24 Jam, Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran Kripto?

5,182

Harga Bitcoin (BTC) baru-baru ini baru sahaja menyentuh paras harga tertinggi sepanjang masa iaitu pada paras $69,000. Namun hal itu tidak bertahan lama, harga BTC jatuh dengan mendadak ke paras terendah harian pada harga $63,208 sebelum pulih melebihi $65,000 dan kini didagangkan pada $64,795.79.

Pembetulan harga ini bukan sahaja berlaku pada BTC namun turut menimpa aset kripto yang lain sehingga keseluruhan jumlah nilai pasaran kripto jatuh di bawah $3 trilion. Pembetulan harga yang mendadak dalam pasaran kripto membawa kepada kerugian terbesar dalam dua minggu dengan kehilangan sebanyak $700 juta.

 

Evergrande

 

Seiring dengan itu Ethereum juga antara aset kripto yang lain terpalit hal yang sama. Pemerhati dan pemain pasaran mula tampil memberikan buah pandangan mengenai penurunan harga yang mendadak. Secara umumnya, ramai yang percaya bahawa kemerosotan dalam pasaran saham AS kemudian mengalir ke pasaran kripto juga. Di samping itu ada yang berpendapat bahawa hal ini didorong oleh konflik pembayaran pinjaman Evergrande mungkin menjadi pemangkin yang berpotensi.

Evergrande, syarikat gergasi hartanah China yang kini mempunyai hutang $300 bilion dan di ambang muflis dilaporkan gagal membayar pinjaman pada awalnya. Berikutan itu Deutsche Markt Screening Agentur (DMSA) mengumumkan bahawa mereka sedang menjalankan prosedur kebankrapan terhadap gergasi hartanah itu.

Kejadian ini telah mencetuskan panik dan harga BTC mula catat penurunan mendadak selepas pengumuman ini.Walaubagaiamanapun, selepas beberapa jam selepas DMSA mengumumkan ia akan mencetuskan muflis, laporan Bloomberg mendakwa Evergrande tidak memungkiri pembayarannya pada 10 November.

Harga BTC mula pulih tidak lama selepas kenyataan yang dikeluarkan Bloomberg dan mendorong kembali pemulihan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat