75% Pekerja Twitter Dibuang! Mungkinkah Ini Cara Elon Musk Balas Dendam?

406

‘Bila Musk berkuasa nanti mesti banyak berlaku perubahan.’

Twitter Inc dilaporkan merancang untuk mengurangkan 75% tenaga kerja syarikat dengan Elon Musk bakal menyelesaikan pemerolehan $44 bilion firma ‘burung biru’ tersebut tidak lama lagi.

Menurut sumber Washington Post, Musk memberitahu pelabur mengenai rancangannya untuk membuang hampir 3/4 daripada 7,500 pekerja Twitter sebaik selesai mengambil alih syarikat.

Perkara ini menurut Twitter bukan sesuatu yang baharu kerana syarikat sememangnya merancang untuk mengurangkan tenaga kerjanya berdasarkan laporan terdahulu.

Ketika itu, pihak pengurusan Twitter mengatakan bakal membuat pembuangan pekerja bagi mengimbangi dana peruntukan gaji $800 juta yang ditetapkan syarikat.

Ulas jurucakap Twitter, syarikat tidak merancang pembuangan besar-besaran tetapi secara beransur-ansur namun dengan Musk dilihat bakal melengkap pembelian kemungkinan berlaku perubahan.

Umum mengetahui bahawa Musk kini dalam proses menyelesaikan pembelian Twitter selepas mahkamah menetapkan keperluan untuk jutawan itu menyelesaikan pemerolehan $44 bilion tersebut.

Persengketaan yang berlaku mungkin akan memberi kesan kepada Musk sebaik menjadi pemilik syarikat nanti.

Setakat penulisan ini, saham Twitter didagangkan tinggi 1.18% pada $52.44 dengan permodalan pasaran sebayak $40.13 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat