8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (19-23 September 2022)

602

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi Kanada (Selasa 8.30 Malam): Pasaran akan menilai kadar inflasi Kanada pada bacaan data terbaru selepas bank pusat Kanada berterusan meningkatkan kadar faedah secara agresif sejak Mac lalu. Bacaan terbaru akan mempengaruhi keputusan bank pusat dalam penetapan dasar monetari selanjutnya.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Menjadi acara utama pada minggu ini, keputusan mesyuarat September akan menjawab persoalan kenaikan kadar faedah terbaru oleh Federal Reserve (Fed). Peratusan majoriti menjangkakan kenaikan 75 mata asas kepada 3.25%, namun terdapat jangkaan untuk kenaikan sehingga 100 mata asas.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Khamis): Sesi Asia pada Khamis akan memberi tumpuan pada keputusan mesyuarat bank pusat Jepun (BOJ). Kadar faedah dijangka untuk terus kekal di paras -0.10% dan kenyataan susulan oleh gabenor akan dinilai pelabur.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Switzerland (Khamis 3.30 Petang): Bakal mengejutkan pasaran, Swiss National Bank (SNB) bakal menaikkan kadar faedah ke paras positif pertama kali sejak 2014. Selepas kadar ditingkatkan pada mesyuarat sebelum ini daripada -0.75% kepada -0.25%, kadar faedah terbaru dijangka meningkat 75 mata asas ke paras 0.50%.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 7.00 Petang): Pelabur berteka-teki sama ada Bank of England (BOE) akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat kali ini selepas kadar inflasi UK telah mencatatkan penurunan dari paras tertinggi 40 tahun pada bacaan terbaru.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Bacaan data pada sektor tumpuan ini akan memberi penilaian terhadap kesihatan semasa ekonomi di Eropah khususnya di Jerman. Angka bacaan di bawah paras 50.00 memberi amaran penguncupan terhadap ekonomi.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Jumaat 4.30 Petang): Kedua-dua bacaan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK dijangka sedikit merosot dengan beberapa faktor yang menghimpit negara tersebut ketika ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Jumaat 49.45 Malam): Mata wang US dolar akan dipengaruhi oleh bacaan data sektor ekonomi tumpuan ini sebelum pasaran menutup dagangan pada sesi terakhir minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat