8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (20-24 November 2023)

904

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat RBA (Selasa 8.30 Pagi): Pasaran akan meneliti butiran laporan minit selepas bank pusat Australia menaikkan kadar faedah pada keputusan mesyuarat polisi terbaru. Dolar Australia telah susut selepas acara tersebut.

Data Inflasi Kanada (Selasa 9.30 Malam): Bacaan inflasi bulanan di Kanada diramalkan catat peningkatan 0.2% pada Oktober untuk pulih semula dari penguncupan 0.1% bulan sebelumnya.

Minit Mesyuarat FOMC (Rabu 3.00 Pagi): Bakal diberi tumpuan pada minggu ini adalah laporan minit mesyuarat FOMC untuk pelabur meneliti sebarang petunjuk tambahan berkenaan dasar monetari Federal Reserve. Dengan data-data terbaru yang diterbitkan, majoriti pasaran kini menjangkan tiada kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Disember.

Data Keyakinan Pengguna AS (Rabu 11.00 Malam): Data tinjauan Universiti Michigan untuk keyakinan pengguna di Amerika yang dikemas kini dilihat akan memberi kesan pada harga. US dolar berpotensi untuk kukuh berikutan ramalan angka yang meningkat.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Khamis 5.00 Petang): Tinjauan terhadap sektor penting akan memberi petunjuk kesihatan semasa ekonomi Eropah. Menjadi tumpuan adalah terbitan data di Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Khamis 5.30 Petang): Tidak banyak perubahan yang dijangkakan pada bacaan data terbaru UK, namun angka terbaru diramalkan lebih positif untuk bulan November.

Data Tinjauan ifo Perniagaan Jerman (Jumaat 5.00 Petang): Bakal mempengaruhi pergerakan mata wang Euro di penghujung minggu, tinjauan ifo terhadap iklim perniagaan di Jerman akan diteliti. Data ini juga menjadi petunjuk bagi aktiviti ekonomi termasuk perbelanjaan, tawaran pekerjaan serta pelaburan pada masa hadapan.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Jumaat 10.45 Malam): Data tinjauan sektor ekonomi Amerika ini akan menjadi penutup bagi dagangan minggu ini. Jangkaan angka yang diterbitkan bagi bulan November tidak terlalu memberangsangkan, namun perbezaan yang ketara pada bacaan terbaru boleh memberi impak terhadap pergerakan di sesi terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat