8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (26-30 Sept 2022)

639

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Iklim Perniagaan Jerman Tinjauan ifo (Isnin 4.00 Petang): Ekonomi Eropah masih dilanda tekanan dengan beberapa faktor semasa yang menjadi tumpuan pasaran. Tinjauan terhadap perniagaan di Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah akan dipantau pada awal minggu ini untuk penilaian terhadap kesihatan semasa blok tersebut.

Data Pesanan Barangan Tahan Lama AS (Selasa 8.30 Malam): Pesanan di kilang-kilang yang meningkat akan memberi isyarat pemulihan pada sektor pembuatan di Amerika. Ini juga boleh menjadi petunjuk awal ke arah bacaan inflasi yang terbaru.

Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa 10.00 Malam): Data tinjauan ke atas isi rumah di Amerika ini akan memberi gambaran terhadap perbelanjaan pengguna dalam ekonomi untuk menentukan tahap kesihatan ekonomi semasa. Bacaan terbaru dijangka meningkat.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Kanada (Khamis 8.30 Malam): Bacaan bulanan bagi pertumbuhan ekonomi Kanada pada Julai lalu diramalkan catat angka yang menurun susulan langkah agresif bank pusat dalam penetapan dasar monetarinya.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 8.30 Malam): Pertumbuhan GDP Amerika untuk suku kedua dijangka tidak mengalami perubahan pada angka bacaan terakhirnya yang mengalami penguncupan.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Jumaat 2.00 Petang): Bacaan akhir bagi pertumbuhan ekonomi UK untuk suku kedua akan diteliti pelabur, namun angka bacaan dijangk tidak berubah seperti bacaan awal.

Data Inflasi Eropah (Jumaat 5.00 Petang): Bacaan awal bagi inflasi tahunan di Eropah bakal menjangkakan peningkatan pada angka yang diterbitkan ke paras tertinggi terbaru lagi. Ini boleh menambahkan tekanan buat dagangan mata wang Euro di penghujung minggu.

Data Indeks PCE AS (Jumaat 8.30 Malam): Turut menjadi indikator untuk inflasi di Amerika, data yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna ini akan dipantau. Ramalan untuk angka yang terbaru bakal diterbitkan meningkat semula setelah mengalami penurunan pada bacaan terdahulu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat