8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (1-5 Jun 2020)

1,285

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan ISM A.S (Isnin 10.00 Malam): Indeks pada April menunjukkan angka penurunan dari bacaan bulan sebelumnya. Bacaan pada Mei turut dijangkakan menguncup dengan jangkaan angka 43.5 mata.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 1.30 Petang): Selepas menurunkan kadar sehingga ke paras terendah 0.25%, Reserve Bank of Australia (RBA) masih mengekalkan kadar di paras tersebut sejak Mac. Tiada perubahan dijangkakan pada unjuran mesyuarat terbaru. Mesej bernada dovish oleh bank pusat akan memberi tekanan terhadap dagangan Aussie.

Data KDNK Australia (Rabu 9.30 Pagi): Data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Australia untuk suku pertama 2020 dijangka akan menyusut sehingga -0.4% akibat terjejas oleh pandemik Coronavirus selepas bacaan yang meningkat dipaparkan pada suku terakhir 2019.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Penggubal polisi Bank of Canada (BOC) turut dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah rendah di paras 0.25% pada mesyuarat polisi terbaru.

Data PMI Perkhidmatan ISM A.S (Rabu 10.00 Malam): Sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat dilihat semakin baik. Bacaan data pada Mei dijangka akan meningkat walaupun masih berada pada fasa penguncupan.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Eropah (Khamis 7.45 Malam): European Central Bank (ECB) masih mengekalkan kadar faedah di paras sifar. Pelabur akan menantikan jika ada sebarang perubahan pada penetapan kadar bagi mesyuarat terbaru didorong oleh keadaan ekonomi di Zon Eropah yang terjejas.

Laporan Data Pekerjaan NFP A.S (Jumaat 8.30 Malam): Ekonomi A.S dijangka akan mencatatkan kehilangan 8 juta pekerjaan. Namun angka tersebut adalah lebih rendah berbanding rekod pada bulan sebelum ini iaitu 20.5 juta pekerjaan. Kadar pengangguran juga diramalkan terus mencatatkan angka yang meningkat.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Diterbitkan bersama data NFP, laporan pekerjaan Kanada juga dijangka akan mempamerkan bacaan membimbangkan. 1.9 juta kehilangan pekerjaan direkodkan pada April akibat ekonomi yang terkesan oleh penularan COVID-19. Penurunan besar masih diramalkan pada laporan Mei dengan kadar pengangguran pada angka 2 digit.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat