8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (11-15 November 2019)

0 828

Berikut adalah merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Bacaan Awal Pertumbuhan GDP UK (Isnin 5.30 Petang): Ekonomi UK pada suku kedua menguncup ekoran ketidaktentuan isu Brexit yang memberi tekanan. Jangkaan peningkatan pada pertumbuhan untuk bacaan suku ketiga.

Data Pekerjaan UK (Selasa 5.30 Petang): Data penting dikeluarkan Britain ini akan memberi petunjuk terhadap kesihatan pasaran buruh. Bacaan komponen data yang meningkat akan berkontradiksi berbanding amaran oleh bank pusat England. Kadar pengangguran dan pertumbuhan gaji akan menjadi fokus pasaran.

Mesyuarat Polisi Monetari RBNZ (Rabu 9.00 Pagi): Bank pusat New Zealand telah menurunkan kadar faedah kepada 75 mata asas pada tahun ini setelah statik untuk beberapa tahun. Mencatatkan rekod terendah pada paras 1.00%, pasaran menjangkakan bakal berlaku penurunan 25 mata asas lagi untuk mesyuarat terbaru edisi November 2019.

Data Inflasi UK (Rabu 5.30 Petang): Faktor-faktor seperti penurunan harga tenaga telah menyebabkan inflasi perlahan, daripada 1.7% kepada 1.6% pada laporan Oktober. Dengan sasaran 2%, penurunan bacaan akan menyokong pendirian dovish bank pusat.

Data Inflasi Amerika Syarikat (Rabu 9.30 Malam):  Federal Reserve (Fed) sebelum ini telah memberi isyarat inflasi yang lemah akan menjadi faktor utama terhadap penurunan kadar faedah. Bacaan inflasi teras telah meningkat kepada 2.4% pada September dan diramalkan kekal di paras tersebut untuk bulan Oktober.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Kadar pengangguran di Australia telah menurun kepada 5.2% namun masih tidak memuaskan hati bank pusat Australia (RBA). Bacaan tersebut dijangka kekal, sementara kadar pertambahan pekerjaan diramalkan meningkat pada Oktober.

Bacaan Data Pertumbuhan GDP Jerman (Khamis 3.00 Petang): Bacaan GDP untuk suku ketiga di Jerman akan menjadi tumpuan sebagai ekonomi terbesar di zon Eropah. Faktor kebimbangan terhadap kemelesetan dijangka mempengaruhi angka bacaan. Penguncupan untuk dua suku berterusan memberikan kegelisahan terhadap para pelabur dan menekan dagangan dolar Euro.

Data Jualan Runcit AS (Jumaat 9.30 Malam): Sektor pengguna adalah komponen penting dalam ekonomi Amerika Syarikat, namun bacaan data pada September adalah mengecewakan dengan penurunan kadar jualan runcit. Bacaan pada Oktober dijangka pulih semula dengan ramalan angka peningkatan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.