8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (15-19 Jun 2020)

1,374

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat RBA (Selasa 9.30 Pagi): Setelah bank pusat Australia terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras terendah, pelabur akan meneliti butiran lanjut dalam minit mesyuarat yang diterbitkan untuk petunjuk keadaan ekonomi semasa.

Mesyuarat Polisi BOJ (Selasa): Pelabur akan memberi tumpuan terhadap keputusan mesyuarat oleh bank pusat Jepun. Kadar faedah dijangka akan terus dikekalkan, namun perubahan polisi berkemungkinan berlaku berikutan ekonomi Jepun kini berdepan kesan yang teruk akibat coronavirus.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Sesi Eropah pada Selasa akan memberikan impak terhadap matawang Pound menjelang laporan pekerjaan UK melibatkan angka tuntutan faedah pengangguran, indeks purata pendapatan 3 bulan serta kadar pengangguran di UK.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Kadar inflasi pengguna jatuh ke paras 0.8% pada April berbanding 1.5% bulan sebelumnya. Bacaan pada Mei turut dijangkakan terus mencatatkan angka yang menurun.

Data Inflasi Zon Eropah (Rabu 5.00 Petang): Kadar inflasi di zon Eropah menyusut kepada 0.1% pada Mei dan dijangka bacaan akhir turut kekal.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Setelah ekonomi Australia kehilangan sehingga hampir 600,000 pekerjaan pada April, jangkaan angka bagi bacaan bulan Mei akan menyusut. Namun, kadar pengangguran diramalkan masih meningkat.

Mesyuarat Polisi SNB (Khamis 3.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) dijangka akant terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras -0.75%. Kenyataan susulan oleh gabenor bank pusat akan menjadi tumpuan pasaran.

Mesyuarat Polisi BOE (Khamis 7.00 Petang): Semakin memberi tekanan terhadap matawang Pound apabila jangkaan untuk kadar faedah diturunkan ke paras negatif oleh bank pusat England. Ahli jawatankuasa mesyuarat berkemungkinan sepakat mengundi untuk pengurangan pembelian aset.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat