8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18-22 Januari 2021)

978

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar China (Isnin 10.00 Pagi): Pertumbuhan GDP China untuk suku terakhir 2020 akan dinilai pelabur. Angka bacaan dijangka mencatatkan peningkatan berbanding suku sebelumnya dan akan menambahkan keyakinan terhadap pelabur terhadap pemulihan aktiviti ekonomi bagi ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Sentimen Ekonomi ZEW Jerman (Selasa 6.00 Petang): Data tinjauan institusi pelabur di Jerman ini akan mengukur tahap kesihatan ekonomi di Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah. Bacaan data kekal berada di atas paras optimis sejak April tahun lalu.

Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Setelah kadar inflasi di UK meningkat kepada 0.7% pada Oktober lalu, bacaan data mula susut semula kepada 0.3% pada November. Bacaan untuk Disember dijangka sedikit meningkat semula kepada 0.5%.

Data Inflasi Eropah (Rabu 6.00 Petang): Kadar inflasi di Eropah mencatatkan bacaan rendah untuk 4 bulan berturut-turut berikutan ekoomi yang berdepan krisis pandemik. Bacaan akhir inflasi untuk Disember 2020 kekal dijangka lemah seperti bacaan sebelum.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 11.00 Malam): Bank of Canada (BOC) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah terendah tidak berubah di paras 0.25%. Pelabur berwaspada terhadap khabar angin untuk bank pusat menurunkan kadar pada minggu ini berikutan berdepan situasi pandemik.

Laporan Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Pertambahan pekerjaan akan memberi petunjuk terhadap kesihatan sektor buruh. Namun pertambahan pekerjaan di Australia untuk bulan Disember lalu dijangka lebih rendah sementara kadar pengangguran diramalkan sedikit menurun.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Khamis): Bank of Japan (BOJ) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras yang rendah pada -0.10%. Langkah pelonggaran polisi juga dilihat sedang giat diusahakan di Jepun dalam menyokong kestabilan semula ekonomi.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Eropah (Khamis 8.45 Malam): European Central Bank (ECB) pada mesyuarat lalu mengetengahkan isu kadar inflasi yang rendah serta kadar pertukaran yang tinggi. Penggubal undang-undang dijangka akan menyuarakan semula isu tersebut. Tiada perubahan polisi dijangkakan untuk mesyuarat terbaru.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat