8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (22-26 April 2019)

852

Berikut adalah sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Jualan Rumah Sedia Ada di Amerika Syarikat (Isnin 10.00 Malam): Bacaan data yang meningkat untuk kadar jualan rumah di AS pada bulan lalu menunjukkan perkembangan yang baik pada sektor perumahan. Laporan untuk bulan Mac akan memberikan lebih kepastian terhadap momentum positif pada sektor tersebut.

Data Jualan Rumah Baru di Amerika Syarikat (Selasa 10.00 Malam): Walaupun data jualan rumah baru hanya komponen kecil dalam pasaran, namun setiap jualan akan mempengaruhi aktiviti ekonomi di sekelilingnya. Jangkaan data berkemungkinan sedikit menurun pada bulan Mac setelah kadar yang meningkat dicatatkan pada bacaan bulan sebelumnya.

Data Inflasi Australia (Rabu 9.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) baru-baru ini memberikan gambaran dovish dan bakal mempengaruhi penetapan kadar faedah yang akan datang. Data indeks harga pengguna telah meningkat kepada 0.4% untuk suku tahun terahir 2018. Jangkaan data untuk suku tahun pertama 2019 akan menurun kepada 0.2%.

Data Keyakinan Perniagaan di Jerman Tinjauan Ifo (Rabu 4.00 Petang): Selepas data keyakinan perniagaan tinjaun ZEW yang meningkat minggu lalu, data tinjauan Ifo pula menyusul minggu ini dan akan mengukur tahap keyakinan perniagaan yang mencerminkan perkembangan ekonomi zon Eropah.

Penetapan Kadar Faedah di Kanada (Rabu 10.00 Malam): Bank of Canada (BOC) sebelum ini memberi isyarat dovish terhadap penetapan kadar faedah di samping tinjauan perniagaan di Kanada yang menunjukkan keadaan yang merosot. BOC dijangka belum lagi akan menurunkan kadar faedah buat masa ini dan komen susulan oleh Gabenor Poloz akan menjadi tumpuan pasaran.

Penetapan Kadar Faedah di Jepun (Khamis): Bank of Japan (BOJ) masih mengekalkan dasar monetari yang longgar dan dijangka kadar faedah akan terus kekal di paras -0.10%. Tumpuan akan terarah pada kenyataan susulan oleh Gabenor Kuroda berkenaan keputusan mesyuarat tersebut.

Data Pesanan Barangan Tahan Lama Amerika Syarikat (Khamis 8.30 Malam): Data ini menjadi penanda aras bagi pelaburan dan dipantau oleh Federal Reserve. Laporan pada Mac mempengaruhi data pertumbuhan GDP pada hari berikutnya. Bacaan bulan Februari menunjukkan penurunan 1.6% namun bacaan data teras meningkat 0.1%. Pasaran mengharapkan bakal ada kenaikan pada bacaan data untuk kali ini.

Data Pertumbuhan GDP Amerika Syarikat (Jumaat 8.30 Malam): Data awal yang dikeluarkan untuk pertumbuhan GDP AS cenderung untuk memberikan impak terhadap pasaran. Ekonomi AS berkembang pada kadar tahunan 2.2% pada suku tahun keempat 2018 mengatasi ekonomi maju yang lain. Bacaan data untuk suku tahun pertama 2019 berkemungkinan lebih perlahan, berikutan terkesan oleh isu penutupan kerajaan AS sebelum ini. Data ini akan menjadi tumpuan utama pasaran untuk minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat