8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (23-27 Mac 2020)

3,596

Berikut merupakan sebahagian data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Eropah (Selasa 5.00 Petang): Dengan kesan penularan wabak Coronavirus yang semakin meningkat, pasaran bakal menyaksikan penurunan pada bacaan data untuk bulan Mac ini.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Selasa 5.30 Petang): Jangkaan bacaan yang sama seperti Eropah, UK juga turut terkesan oleh serangan pandemik COVID-19. Bacaan pada bulan Mac akan kembali berada lebih rendah di bawah paras 50.0 mata.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan AS (Selasa 9.45 Malam): Bacaan data untuk Mac dijangka sedikit menurun. Namun suntikan dana oleh kerajaan dan langkah-langkah bank pusat dilihat akan menyokong sektor-sektor utama di Amerika Syarikat.

Data Inflasi UK (Rabu 5.30 Petang): Kesan wabak COVID-19 dijangka akan membuatkan aktiviti pengguna lebih terhad. Kadar inflasi untuk bulan Februari dijangka akan mencatatkan bacaan lebih rendah berbanding sebelumnya.

Data Pesanan Barangan Tahan Lama AS (Rabu 8.30 Malam): Bacaan data bakal merosot ekoran jangkaan pesanan yang menurun akibat ekonomi seluruh dunia yang semakin terjejas. Aktiviti kilang juga akan perlahan disebabkan pesanan yang berkurangan.

Mesyuarat Dasar Monetari Bank Pusat England (Khamis 8.00 Malam): Bank of England (BOE) pada minggu lalu telah mengumumkan pemotongan kadar faedah kecemasan ke paras terendah kepada 0.10% selepas menurunkan kadar kepada 0.25% daripada 0.75% pada minggu sebelumnya. Pelabur nantikan keputusan tindakan bank pusat yang selanjutnya.

Tuntutan Faedah Pengangguran AS (Khamis 8.30 Malam): Kadar tuntutan dijangka akan meningkat tinggi ekoran ekonomi Amerika Syarikat yang terjejas turut memberi kesan terhadap pekerjaan rakyatnya.

Data Sentimen Pengguna AS (Jumaat 10.00 Malam): Data tinjauan oleh Universiti Michigan ini mengukur tahap keyakinan pengguna dari sudut perbelanjaan. Bacaan data untuk Mac bakal catat penurunan selepas kembali berada di bawah 100.0 mata pada bulan sebelumnya.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat