8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (30 Mac – 3 April 2020)

3,947

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pelabur sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan China (Selasa 9.00 Pagi): Bacaan data PMI pembuatan dijangka kembali pulih untuk bulan Mac selepas mengalami penurunan pada bacaan Februari terkesan oleh penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan sektor-sektor utama.

Data GDP UK (Selasa 2.00 Petang): Pertumbuhan ekonomi UK catat peningkatan pada suku ketiga 2019 dengan kadar 0.4% selepas menurun kepada 0.2% pada suku kedua. Namun, ekonomi dijangka berada di paras sifar untuk suku keempat 2019 yang menunjukkan pertumbuhan statik.

Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa 10.00 Malam): Keyakinan pengguna di Amerika Syarikat untuk tinjauan pada bulan Mac bakal menurun dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap penularan wabak pandemik COVID-19 yang bertambah buruk untuk negara ekonomi terbesar dunia itu.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (Rabu 8.30 Pagi): Butiran lebih lanjut untuk mesyuarat terbaru Reserve Bank of Australia (RBA) akan menjadi tumpuan. Rangsangan ekonomi dijangka akan terus dipertingkatkan yang turut disokong oleh kerajaan dalam menangani impak Coronavirus.

Data PMI Pembuatan ISM (Rabu 10.00 Malam): Dua bacaan terakhir catat di atas paras 50 yang menunjukkan pengembangan. Namun, angka bacaan terbaru dijangka lebih lemah pada 46.0 mata.

Data Tuntutan Pengangguran AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan data pada minggu lalu menunjukkan lonjakan ketara tuntutan yang dibuat oleh rakyat Amerika yang memberi isyarat sektor pekerjaan terjejas teruk. Data ini kekal menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Setelah tuntutan pengangguran yang melonjak tinggi pada data yang diterbitkan minggu lalu, kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 3.8% berbanding 3.5% sebelum ini. Ekonomi dijangka kehilangan pekerjaan sehingga 81,000 pada Mac dan purata pendapatan juga diramalkan menurun.

Data PMI Bukan-Pembuatan ISM (Jumaat 10.00 Malam): Sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat kekal kukuh dengan bacaan kekal berada di atas paras 50 mata sebelum ini. Namun, bacaan untuk Mac dijangka akan catat penurunan kepada 48.0 mata.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat