89 Lagi Syarikat China Bakal Disekat Pentadbiran Trump?

215

Pentadbiran Trump dilaporkan akan menyekat 89 aeroangkasa China dan syarikat lain yang didakwa mempunyai hubungan ketenteraan dengan menghalang mereka daripada membeli pelbagai barangan dan teknologi Amerika Syarikat.

Reuters yang melihat draf salinan senarai tersebut, mengatakan jika ia diterbitkan, ketegangan perdagangan antara dua ekonomi gergasi dunia itu mungkin akan bertambah buruk.

Hal ini juga akan mengakibatkan kerugian besar terhadap syarikat-syarikat AS yang menjual bahagian dan komponen penerbangan awam ke China.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Perdagangan yang menghasilkan senarai itu enggan memberikan sebarang penjelasan mengenainya sementara Kementerian luar negeri China pula tidak segera memberi pernyataan susulan perihal tersebut, lapor Reuters.

Antara syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam senarai tersebut adalah Commercial Aircraft Corp of China Ltd (COMAC) iaitu yang menerajui usaha China untuk bersaing dengan Boeing dan Airbus, Aviation Industry Corporation of China (AVIC) dan 10 lagi entiti yang berkaitan.

Senarai tersebut disertakan dalam draf peraturan yang mengidentifikasikan syarikat China dan Rusia sebagai ‘pengguna akhir tentera’, iaitu dalam kata lain bermaksud pembekal AS perlu mendapatkan lesen untuk menjual sejumlah besar barang yang tersedia secara komersial kepada mereka.

Menurut peraturan tersebut, permohonan untuk mendapatkan lesen itu lebih cenderung untuk ditolak.

Presiden Donald Trump dilihat menggunakan masa-masa terakhirnya di White House dengan mengenakan lebih banyak sekatan ke atas Beijing. Terdahulu, beliau telah menandatangani perintah eksekutif yang menghalang pelaburan AS dalam syarikat China yang didakwa dimiliki atau dikendalikan oleh tentera China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat