9 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18-22 November 2019)

0 583

Berikut adalah merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Indeks Pasaran Perumahan Amerika Syarikat (Isnin 11.00 Malam): Sektor perumahan AS telah pulih dari paras terendah dengan permit pembinaan meningkat kepada 1.39 juta unit tahunan pada September. Angka serupa diramalkan untuk bacaan terbaru.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (Selasa 8.30 Pagi): Setelah menurunkan kadar faedah pada mesyuarat Oktober, Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras rekod terendah 0.75%. Pasaran akan meneliti minit mesyuarat yang akan dikeluarkan.

Data Inflasi Kanada (Rabu 9.30 Malam): Indeks harga pengguna di Kanada akan turut mempengaruhi keputusan dasar monetari oleh bank pusat. Jangkaan data untuk Oktober bakal meningkat dengan komponen pada IVEY PMI yang meningkat.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Federal Reserve (Fed) akan menerbitkan minit mesyuarat bagi mesyuarat dasar polisi penghujung Oktober lalu. Fed telah memotong kadar faedah untuk kali ketiga pada tahun ini dan memberi isyarat bahawa kadar bakal dikekalkan di paras semasa. Minit mesyuarat akan menyediakan butiran lebih lengkap yang akan diteliti pasaran.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Eropah (Khamis 8.30 Malam): Mesyuarat terakhir yang dipimpin oleh Presiden Mario Draghi melihatkan beliau mempertahankan legasi polisi monetari beliau dan jawatan beliau telah diambil alih oleh Christine Lagarde. Minit mesyuarat akan diteliti pasaran.

Data Jualan Rumah Sedia Ada di Amerika Syarikat (Khamis 11.00 Malam): Angka jualan stabil di paras 5.38 juta unit tahunan pada September. Bacaan pada Oktober dijangka meningkat.

Data PMI Zon Eropah (Jumaat 5.00 Petang): Bermula bacaan data bagi Perancis dan diikuti Jerman, pasaran akan memberi tumpuan pada bacaan data PMI perkhidmatan dan pembuatan di zon Eropah penghujung minggu ini. Bacaan awal PMI tersebut bukan hanya memberi impak terhadap matawang dolar Euro, malah keseluruhan pasaran ekoran menjadi petunjuk terhadap pertumbuhan global.

Data Jualan Runcit Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Selepas mencatatkan bacaan lemah bagi September, bacaan bagi kadar jualan runcit di Kanada pada Oktober dijangka terus menurun ekoran kemerosotan pada laporan data pekerjaan Kanada yang terbaru.

Bacaan Awal PMI Pembuatan di Amerika Syarikat (Jumaat 10.45 Malam): Bacaan bagi dua bulan sebelum ini menunjukkan angka positif berada di atas paras 50.0 yang menunjukkan aktiviti perkilangan yang stabil. Penurunan ke paras lebih rendah memberikan isyarat penguncupan dan bakal pengaruhi bacaan akhir pada awal Disember.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.