9 Perkara Yang Anda Boleh Beli Dengan Matawang Crypto

1,929

 

1. Hartanah

Salah satu contoh adalah, villa mewah di Verga Messinia berhampiran pantai Kalamata. Pantai ini terletak di Greece dan dilelong sebanyak 160 bitcoin. Selain itu, anda juga boleh beli hartanah Kingdom of Tonga di Pasifik Selatan degnan harga 10 bitcoin.

2. Kapal Selam

Perkara ini benar-benar berlaku. Jika anda ingin menikmati kapal selam yang berbentuk ikan jerung dengan kuasa enjin 260 hp, anda boleh beli membeli 2 buah kerusi Seabreacher dengan 11 bitcoin.

3. Lamborghini

Terdapat pengedar kereta di Atlanta iaitu MotorCars of Georgia yang menerima bayaran dalam bentuk bitcoin. Seorang programmer yang berumur 35 tahun telah membeli 2015 Lamborghini Huracan dengan menggunakan matawang crypto.

4. Pendidikan.

Sebuah universiti swasta di Cyprus iaitu University of Nicosia merupakan universiti pertama yang menerima bitcoin sebagai bentuk pembayaran. Kebiasaanya yuran yang dikenakan adalah sekitar 2 bitcoin.

5. Logam berharga

Veldt Gold, APMEX dan JM Bullion antara yang menjual emas dan perak dalam bentuk transaksi bitcoin. Penghantaran adalah percuma bagi mereka yang membayar dengan menggunakan bitcoin.

6. Makanan

Anda boleh menempah Pizza daripada PizzaForCoins atau anda juga boleh dapatkan Burger King di Arnhem dengan bitcoin. Terdapat juga beberapa restoran dan kafe di sekitar dunia yang menerima bitcoin dan matawang crypto.

7. Pesawat dan tiket hotel

Terdapat syarikat-syarikat penerbangan dan hotel yang menerima pembayaran dalam bentuk bitcoin seperti syarikat Surf Air dan CheapAir.

8. Aplikasi

Microsoft merupakan syarikat yang menerima pembayaran dalam bentuk bitcoin. Anda boleh muat turun movies, muzik, games dan aplikasi dengan bitcoin.

9. Beli Belah Atas Talian

 Overstock merupakan syarikat beli belah atas talian yang menerima bitcoin sebagai bentuk transaksi. Selain itu, Bic Camera juga menerima pembayaran matawang crypto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat