90% Bekalan Bitcoin (BTC) Sudah Dilombong! Selebihnya Bagaimana Pula?

2,985

Hampir 12 tahun selepas Bitcoin (BTC) dilancarkan pada 9 Januari 2009 , hari ini mencatatkan sejarah pertamanya di mana 90% daripada 21 juta bitcoin telah dilombong.

Ini bermakna, sebanyak 18.899 juta BTC sedang berada di dalam pasaran.

Berbaki lagi 10%, ini tidak bermakna ia akan dilombong dalam masa terdekat.

Jangkaan untuk keseluruhan bitcoin dilombong mungkin sekitar 2140, berdasarkan pemerhatian terhadap aktiviti rangkaian dan jadual halving Bitcoin.

Menariknya, harga BTC turut bereaksi mengikut jumlah bekalan yang dihasilkan susulan daripada peningkatan permintaan.

Pada awal 2010 ketika 10% bekalan dilombong, aset tersebut hanya didagangkan kurang daripada $0.10, sebelum meningkat lebih $7.50 ketika 50% BTC dilombong pada Disember 2012.

Sementara itu, pelombong juga menerima 6.25 BTC untuk setiap blok yang mana akan berkurangan kepada 3.125 BTC selepas halving pada 2024.

Komuniti kripto juga perlu ingat bahawa tidak kesemua 21 juta BTC akan berada di dalam pasaran nanti.

Berdasarkan pemerhatian daripada Chainalysis terhadap aktiviti wallet pelabur, sebanyak 3.7 juta BTC telah ‘hilang’.

Faktor kehilangan ini berkait rapat dengan isu kehilangan kunci peribadi (private key) atau kematian. Manakala lebih 1 juta BTC yang dikatakan sedang ‘disimpan’ oleh pengasas Bitcoin, Satoshi Nakamoto sejak individu misteri ini melombong BTC pada awal penubuhan rangkaian.

Ketika penulisan BTC didagangkan pada $48,897, susut hampir 1% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat