90 Pips Penurunan Pada Dagangan USD/JPY Sejak Semalam!

457

Pasangan matawang safe-haven USD/JPY mencatatkan penurunan sehingga 70 pips pada dagangan semalam (Selasa) selepas pergerakan harga mendatar pada hari sebelumnya di bawah paras resistance 108.500 yang gagal ditembusi harga.

Harga dibuka tinggi pada carta harga USD/JPY pada permulaan dagangan Julai iaitu Isnin lalu apabila sentimen pasaran dipandu oleh perkembangan positif rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China pada persidangan kemuncak G20 di Jepun hujung minggu lalu.

Namun, sentimen positif pasaran gagal dikekalkan membuatkan matawang safe-haven Yen kembali mengukuh semula mendapat permintaan tinggi oleh pemain pasaran seterusnya menekan harga pada dagangan USD/JPY.

Tekanan harga ke paras lebih rendah gagal dikekang oleh matawang USD yang turut diniagakan berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada minggu ini.

Selepas ketegangan perang dagang AS-China kembali reda, kebimbangan pasaran terarah pula pada laporan ancaman Amerika Syarikat untuk tambahan tarif bernilai $4 bilion barangan dari Eropah, memberi kelebihan terhadap dagangan safe-haven buat masa ini.

Data tumpuan yang akan menjadi perhatian pada hari ini adalah laporan pekerjaan ADP NFP untuk sektor swasta di Amerika Syarikat dan juga data PMI bukan-perkilangan tinjauan ISM pada sesi New York malam nanti.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta USD/JPY, harga yang membuat penurunan semalam meneruskan lagi penurunan sejak awal sesi Asia bermula hari ini sehingga ke paras support 107.590 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Harga kemudian mendatar di paras tersebut sehingga dagangan bersambung ke sesi pasaran Eropah hari ini sebelum dijangka akan meneruskan pergerakan harga ke paras lebih rendah.

Penurunan harga seterusnya berkemungkinan akan cuba melepasi paras support pada 107.321 (MagicS2) sebelum momentum penurunan harga yang berjaya dikekalkan akan mendorong harga untuk mencecah ke zon support pada dagangan minggu lalu sekitar 106.800.

Penurunan ke paras tersebut akan mencatatkan pergerakan harga lebih 100 pips dari paras pembukaan harga pada sesi Asia pagi ini.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras Magic Pivot 108.033 dijangka akan menjadi paras tumpuan awal harga sebelum menguji paras 108.302 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 107.590, 107.321, 106.878.

Paras resistance: 108.302, 108.745, 109.014.

 

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat