Abe Tekad Bersemuka dengan Trump Bagi Membincangkan Isu TPP

40

Perdana Menteri, Shinzo Abe berkata pada hari Khamis bahawa Tokyo dan Washington akan mengadakan perbincangan selepas Trump mengambil keputusan untuk menarik diri dari TPP minggu ini.

Seperti yang telah dijanjikan dalam kempennya sebelum ini, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menarik keluar AS dari perjanjian TPP yang dilabel sebagai tidak masuk akan oleh beliau. Keputusan ini dibuat kerana Trump menyifatkan TPP sebagai ‘merompak pekerjaan dan pelaburan di Amerika Syarikat’.

Dalam pertemuan itu, Jepun akan terus menegaskan kepentingan AS terhadap perjanjian TPP. Namun bagi Abe, tidak mudah untuk mengadakan sebarang perjanjian mengenai EPA (Perjanjian Perkongsian Ekonomi) dan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan Amerika Syarikat.

Ditanya mengenai perbincangan mengenai hubungan perdagangan AS dan Jepun, Abe menegaskan bahawa beliau enggan membuat sebarang spekulasi mengenai dasar Trump sehingga barisan kabinet Jepun meluluskan polisi tersebut.

Baki 11 lagi negara TPP dijangka akan mengadakan perbincangan pada bulan Mac bagi menyelamatkan perjanjian tersebut.

Australia mencadangkan China sebagai pengganti AS di dalam perjanjian TPP, namun China mempunyai hubungan dua hala sedia ada dan Jepun dilihat tidak begitu setuju dengan pendapat itu.  Banyak negara juga mengakui bahawa TPP telah mengimbangi penguasaan China terhadap rantau ini.

Matawang Kiwi dan Aussie Bergerak Perlahan dalam Sesi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat