Ada Apa Dalam Pelan Rancangan Terbaru Biden Bernilai $ 1.8 trilion?

1,043

Presiden Joe Biden pada hari Rabu mengumumkan akan mengusulkan dana perbelanjaan dan kredit baru kepada Kongres yang menelan belanja sebanyak $ 1.8 trilion untuk disalurkan kepada kanak-kanak, pelajar dan keluarga.

Biden akan melancarkan pakej baru yang berjumlah setelah Rumah Putih mengeluarkan cadangan menyeluruh untuk membelanjakan lebih dari $ 2 trilion selama lapan tahun untuk infrastruktur dan projek lain. Pelan yang dicadangkan oleh pentadbiran Biden bermotifkan untuk merombak ekonomi A.S. dan mendorong pemulihan ekonomi.

Cadangan baru, yang merangkumi pelaburan sekitar $ 1 trilion dan kredit cukai $ 800 bilion dalam satu dekad, akan diimbangi sepenuhnya dalam 15 tahun sebahagiannya dengan menaikkan jumlah cukai yang dibayar oleh orang Amerika berpendapatan tinggi, kata Rumah Putih.

Rancangan perbelanjaan baru pentadbiran Biden akan menaikkan kadar cukai kepada 39.6% untuk orang Amerika berpendapatan tinggi. Kadar cukai dikurangkan kepada 37% untuk pasangan yang sudah berkahwin dengan pendapatan lebih daripada $ 600,000 sebagai sebahagian daripada undang-undang 2017.

Walaubagaimanapun dalam pelan yang baru ini, rakyat yang berpendapatan di bawah $ 400,000 setahun tidak akan dinaikkan cukai.

Biden dijangka akan memperincikan pelan tersebut lebih lanjut pada awal pagi Khamis nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat