Ada Apa Pada Pergerakan USD? Sekejap Naik, Sekejap Jatuh!

590

US dolar didagangkan stabil pada awal sesi Asia selepas merosot pada penghujung sesi sebelum ini disebabkan lonjakan dalam pasaran Wall Street, dengan S&P 500 dan Nasdaq mencecah paras tertinggi.

Secara keseluruhan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama, masih lagi mengukuh dengan didagangkan pada 92.20.

Menurut penganalisis, tindakan harga ini menunjukkan bahawa pelabur mengharapkan bacaan data inflasi AS dan prospek yang baik daripada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell nanti.

Pengukuhan hasil perbendaharaan menunjukkan bahawa pelabur tidak bimbang dengan kenyataan buruk dari Powell. Hasil bon AS 10 tahun masih berada di tahap yang stabil pada 1.36% pada sesi Asia.

Bacaan inflasi pula dijangka akan terus menunjukkan peningkatan tetapi dengan pertumbuhan yang lebih perlahan, yang mana ia akan mengurangkan desakan kepada Fed untuk mula bertindak.

Ketidakpastian mengenai penularan Covid-19 semakin meningkat, menyebabkan dagangan kebanyakan matawang utama terbatas.

Kesan negatif daripada penutupan di Australia dan prospek laporan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan akan terus menekan dagangan dolar Aussie.

Sementara itu, matawang pound kekal didagangkan stabil selepas Menteri Kesihatan UK, Sajid Javid mengesahkan bahawa negara itu berada di landasan untuk mencapai sasaran vaksinasi dan mereka akan bergerak ke tahap selanjutnya kepada normal.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat