Ada Gabenor ECB Tidak Sependapat Dalam Keputusan Mesyuarat Semalam

44

Bloomberg melaporkan para pembuat polisi dalam European Central Bank sebenarnya mempunyai perbezaan pendapat terhadap tempoh perlanjutan program pembelian aset.

Ahli dalam Governing Council mencadangkan agar meneruskan polisi pelonggaran kuantitatif (quantitative easing) ini bagi 12 bulan ke hadapan selepas Mac.

Tempoh yang dicadangkan ini adalah tiga bulan lebih daripada pilihan terpanjang yang dibentangkan oleh Ketua Penganalisis Ekonomi ECB Peter Praet dalam mesyuarat itu. Hal ini disampaikan  oleh seseorang yang tidak mahu didedahkan identitinya kerana maklumat ini adalah sulit.

Semalam bank pusat yang berpangkalan di Frakfurt ini membuat keputusan untuk meneruskan program pembelian bon selepas tempoh semasa program berakhir pada Mac 2017. ECB mengurangkan pembelian bonnya dari 80 bilion euro kepada 60 bilion euro bermula April 2017 sehingga hujung tahun yang sama.

Pada mulanya pasaran menjangkakan ECB akan mengekalkan jumlah 80 bilion euro itu dalam tempoh enam bulan tetapi perkara sebaliknya berlaku dan menyebabkan pasangan matawang Eur/Usd menjunam hampir 300 pip dari paras tertinggi dicapai pada Khamis.

Presiden ECB Mario Draghi mengatakan, “keputusan ini dibuat berdasarkan konsensus yang begitu luas”, katanya dalam sidang media semalam.  Beliau juga membentangkan prospek pertumbuhan ekonomi yang terbaru dari staf ECB yang menunjukkan sedikit perubahan dari mesyuarat sebelum ini. Prospek ini juga agak mengecewakan pasaran kerana jangkaan pasaran adalah lebih tinggi daripada itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat