Ada Lebih $260 Juta, Pelombong Bitcoin Ini Menyesal Tak Sudah ‘Terbuang’ Wallet Kripto!

2,097

Individu dari Britain, James Howells telah mendesak pihak majlis bandar untuk ‘memunggah’ tapak pelupusan sampah semata-mata untuk mencari hard drive miliknya yang dibuang pada 2013.

Hard drive tersebut mengandungi sebanyak 7,500 Bitcoin dan jika dianggarkan pada harga semasa, BTC telah mencecah $35,927 per unit, membawa jumlah keseluruhan simpanannya sebanyak $269.4 juta.

Howells turut menawarkan $71.7 juta atau 25% daripada simpanan Bitcoinnya untuk diserahkan kepada 316,000 penduduk Newport. Ini bermakna setiap seorang akan menerima $239.

Malangnya, majlis bandar menolak tawaran tersebut dan tidak mahu berbincang lebih lanjut berkenaan isu itu.

Menurut jurucakap Majlis Bandar Newport, tapak pelupusan sampah tidak dibenarkan untuk digali semula ekoran daripada kesan terhadap alam sekitar di kawasan sekelilingnya termasuk kos menggali semula, menyimpan dan merawat sis sampah.

Howells sebenarnya melombong Bitcoin selama empat tahun. Ketika itu matawang kripto baru sahaja diperkenalkan dan nilainya juga tidak mencecah dua digit.

Percaya telah back up segala maklumat yang disimpan dari hard drive tersebut, Howells akhirnya membuang peranti itu sekitar Jun dan Ogos 2013.

Bagaimanapun, Howells bukanlah individu pertama yang menyesal dengan nasib malang seperti ini. Bekas CTO Ripple, Stefan Thomas dilaporkan memiliki dua lagi sahaja percubaan log masuk IronKey sebelum kehilangan 7, 002 BTC bernilai lebih $260 juta.

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat