Ada Orang Kaya Baru, Tim Cook Nak Sailang Elon Musk?!

11,936

Patut ke Elon Musk cuak?

Tim Cook menerima gaji 1,447 kali ganda daripada purata gaji pekerja Apple Inc pada tahun 2021.

Tim Cook telah menerima US$98.7 juta pada 2021 di mana gajinya sebanyak US$3 juta, US$82.3 juta dalam bentuk anugerah saham, US$12 juta kerana mencapai sasaran syarikat dan US$1.4 juta bagi perjalanan udara, 401(k), premium insuran dan lain-lain.

Gaji median bagi pekerja Apple pada 2021 adalah US$68,254 berbanding gaji median pada 2020 pada US$57,789 dan nisbah gaji tersebut hanya 256 kali berbanding gaji Cook.

Apple telah melonjak lebih daripada 30% pada US$365.82 juta bagi tahun fiskal 2021 dan sahamnya pernah mencapai paras US$3 trilion dalam modal pasaran pada tahun yang sama hasil permintaan yang tinggi dalam 2 tahun selepas pengguna yang bekerja di rumah berbelanja besar bagi menaik taraf.

Sejak Cook mengambil alih jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Apple dari Steve Jobs pada 2011, saham Apple telah melonjak sebanyak 1,000% dan pada Septemebr lalu, Cook telah menerima 333,987 unit saham terhad yang pertama sejak 2011 sebagai sebahagian daripada pelan ekuiti jangka panjang.

Dalam pada itu, Cook pernah memberitahu majalah Fortune pada 2015 dimana dia merancang untuk mendermakan kekayaannya kepada badan amal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat