Ada Peluang Ke Untuk Emas Kembali Menyinar?

926

Kilauan emas kembali memudar pada sesi pembukaan sesi Eropah, ketika dagangan matawang US dolar terus meraih pengukuhan setelah menyaksikan pertumbuhan dalam laporan pekerjaan NFP AS.

Walaupun mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan pada Ogos, namun pekerjaan di Amerika Syarikat terus bertambah melebihi 1 juta sementara kadar pengangguran jatuh ketara pada 8.4%.

Terdahulu pada sesi Asia, emas memaparkan kenaikan ke sekitar paras harga $1,941 per auns setelah menyaksikan penurunan besar dalam data import China bagi bulan Ogos, selain turut dipengaruhi oleh ketegangan Amerika Syarikat dan China yang meruncing.

Bagaimanapun, logam berharga itu kembali menyusut ketika menuju ke sesi Eropah sebelum didagangkan pada $1,930 per auns dan niaga hadapan emas pada $1,936 per auns (3.25 petang waktu Malaysia).

Terbaru, Amerika Syarikat dilaporkan akan mempertimbangkan untuk menyenaraihitamkan syarikat pembuat cip terkemuka China, Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC) selepas disyaki mempunyai kaitan dengan pihak tentera Beijing.

Dolar greenback didagangkan menguat pada 92.86 berbanding sekumpulan matawang utama.

Dengan penutupan bank-bank di Amerika Syarikat dan Kanada yang bercuti sempena hari pekerja pada hari ini, tidak banyak pergerakan ketara matawang utama yang dapat dilihat di samping ketiadaan data ekonomi yang menjadi tumpuan pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat