Ada Spekulasi NFT Solana Akan Tembusi Platform OpenSea. Ye Ke Ni?

324

OpenSea dikhabarkan akan berintegrasi dengan Solana bersama-sama dengan sokongan terhadap wallet Phantom.

Pengumuman ini mula tular selepas ada blogger, Jane Manchun Wong memuat naik beberapa screenshot di laman Twitter pada hari ini.

Jika benarlah khabar ini, bermakna Solana akan menyertai beberapa ekosistem lain seperti Ethereum, Polygon, dan Klaytn yang telah lama disokong OpenSea.

Bagaimanapun, wakil platform perdagangan non-fungible token (NFT) terbesar dunia menyangkal spekulasi tersebut, menjelaskan ia adalah berita lapuk.

Tambahnya lagi, OpenSea sendiri akan mengulas dan mengesahkan kehadiran Solana jika ia benar-benar berlaku seperti yang didedahkan Wong.

Mungkin khabar ini telah mendorong peningkatan harga SOL dengan lonjakan lebih 5%, didagangkan pada $95.99 selepas susut ke paras terendah harian, $80.67 pada 24 Januari.

Sama seperti Ethereum, Solana juga merupakan platform yang turut memasarkan beberapa koleksi NFT: Solana Monkey Business dan Degenerate Ape Academy.

Setakat hari ini, Solana menyaksikan jumlah perdagangan NFT sebanyak $1.2 bilion.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat