Ada Tanda-Tanda Kenaikan Harga Akan Berlaku Pada Carta GBP/USD?

260

Corak pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD sedikit berubah menunjukkan kenaikan namun dilihat masih lagi dalam zon yang mendatar selepas kejatuhan ketara harga berlaku minggu lalu.

Selepas isyarat untuk menghentikan pengetatan dasar oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi minggu lalu, Pound alami penyusutan yang ketara.

Ditambah pula dengan pengukuhan US dolar di penghujung minggu ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan kukuh.

Namun, mujurlah isyarat Federal Reserve (Fed) pada minggu ini sedikit kabur membuatkan momentum dagangan US dolar sedikit terjejas.

Pound terselamat dari terjerumus ke lembah lebih dalam dan mula menunjukkan kenaikan kecil pada Rabu semalam.

Namun, kenaikan harga dilihat terhalang di paras rintangan 1.21000 dan harga berlegar di bawah zon tersebut sepanjang sesi New York semalam.

Sedikit memberikan keyakinan untuk kenaikan harga untuk berlaku adalah apabila harga sudah mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan melepasi rintangan 1.21000, harga akan mensasarkan pula untuk menuju zon tumpuan 1.22000.

Pergerakan trend bullish yang lebih jelas boleh mendorong harga mencapai semula paras 1.23000 atau ke zon rintangan 1.24000 sebelum ini.

Namun jika harga kembali susut di bawah paras 1.2000, berkemungkinan harga akan menyambung corak terjunan yang dipaparkan pada minggu lalu.

Seterusnya paras-paras tumpuan pada dagangan terdahulu seperti 1.19400 atau 1.18800 dilihat antara yang akan dituju harga pada penurunan yang diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat