Ada Trader Yang Pening Kenapa GBP/USD Terpacak Dari Semalam? Ini Jawapannya

1,814

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD menunjukkan lonjakan ketara sekitar 150 pips kenaikan harian dicatatkan.

Ini adalah didorong oleh penyusutan US dolar susulan laporan memberangsangkan bagi ujian vaksin Covid-19. Vaksin AstraZeneca menunjukkan keputusan baik dengan menghasilkan reaksi imunisasi yang kuat dalam ujian peringkat awal ke atas manusia.

Kenaikan harga tersebut juga turut didorong oleh kenyataan positif dalam perbincangan oleh ahli jawatankuasa mesyuarat bank pusat England (BOE) yang memberi sokongan terhadap peningkatan nilai dagangan Pound.

Menurut kenyataan oleh penggubal polisi BOE Silvana Tenreyro, beliau berpendapat bahawa tindakan menurunkan kadar faedah lebih rendah berkemungkinan tidak akan mendorong perbelanjaan yang tinggi oleh pengguna disebabkan oleh Covid-19 yang masih memberi kesan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Jadi ini semakin mengurangkan lagi jangkaan untuk BOE menurunkan kadar faedah ke paras negatif.

Ahli BOE, Andy Haldane juga menyatakan pemulihan ekonomi UK pada kadar yang baik dan sedang meningkatkan semula pengeluaran setelah merosot pada Mac dan April lalu. Namun beliau memberi amaran bahawa kadar faedah negatif berkemungkinan akan dipertimbangkan semula jika ekonomi menerima kejutan negatif.

Harga pada carta GBP/USD menyambung dagangan pada hari ini melepasi paras resistance 1.26600 dan momentum kenaikan dilihat diteruskan pada sesi Eropah.

Trend bullish harga ini akan mendorong kenaikan menuju zon resistance dalam julat harga 1.27500-1.28000.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula di bawah paras 1.26600, penurunan harga akan cuba melepasi paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan akan kembali menguji zon RBS (resistance become support) di paras tumpuan 1.25000 yang masih menjadi paras sokongan harga sejak minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat