Adakah AUD/JPY Bakal Uji Resistance 79.750 Sekali Lagi Pada Hari Ini?

310

Matawang komoditi dolar AUD pada dagangan sebelum ini mencatatkan penurunan setelah terkesan daripada faktor sentimen pasaran semasa yang kembali berisiko. Antara itu geopolitik yang menimbulkan kebimbangan dalam pasaran adalah perang India dan Pakistan yang kembali tercetus sejak tahun 1971.

Di samping itu, data PMI perkilangan di China sebagai rakan dagang terbesar Australia yang lemah turut memberi kesan terhadap dagangan Aussie.

Namun begitu, data PMI perkilangan Caixin yang dikeluarkan pada sesi pasaran Asia pagi ini mencatatkan angka yang positif mengatasi jangkaan kenaikan serta bacaan terdahulu. Ini kembali memberikan potensi untuk AUD kembali mencari semula momentum kenaikan pada nilai dagangannya.

Dipadankan bersama matawang safe-haven Yen, pasangan matawang AUD/JPY yang membuat penurunan semalam dilihat gagal menembusi zon resistance sekitar paras 79.000.

Bersambung pada sesi dagangan hari ini, harga kembali menunjukkan kenaikan berikutan data ekonomi China positif menyokong AUD untuk melonjak mengambil kesempatan ke atas kelemahan matawang Yen.

Sentimen pasaran yang berisiko gagal dimanfaatkan Yen apabila tumpuan lebih terarah kepada faktor fundamental yang tidak memihak kepada pengukuhan Yen buat masa ini.

Dagangan Yen dijangka akan terus kekal bergerak lemah sehingga pasaran minggu ini ditutup.

Jika harga meneruskan kenaikan, jangkaan harga akan menguji zon resistance sekitar 79.750 atau berhampiran paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line.

Namun sekiranya harga kembali membuat penurunan semula, paras sekitar 78.900 dan 78.700 perlu diberi perhatian dan lihat reaksi harga pada zon harga tersebut.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/JPY di bawah untuk perbandingan analisis teknikal anda. Perhatikan paras penting pada indicator Moshed Magic Line yang menggariskan paras support dan resistance yang terbaik pada chart AUD/JPY.

Paras support: 78.766, 78.579, 78.230.

Paras resistance: 79.302, 79.651, 79.838.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat