Adakah Bank-Bank Pusat Negara Utama Akan Ikut Jejak Langkah The Fed Dalam Tangani Koronavirus?

144

Setakat ini tidak banyak bank- bank pusat utama mengikut jejak langkah the Fed yang membuat pemotongan kadar faedah kecemasan sebagai tindak balas terhadap penularan wabak koronavirus dan terdapat indikasi bahawa negara-negara zon Eropah, UK dan Switzerland berhasrat tidak mahu melakukan tindak balas terburu-buru.

Walaupun wabak koronavirus telah mengganggu rantaian bekalan global, aktiviti industri yang perlahan, pengurangan penerbangan dan impak terhadap pasaran kewangan namun bank-bank pusat masih lagi berjaga-jaga untuk mengambil tindakan yang drastik.

Hal ini kerana tindakan kecemasan yang drastik akan memburukkan lagi keadaan pasara sehingga boleh membuatkan pemain pasaran menjadi panik. Dalam masa yang sama terdapat kemungkinan bahawa tindakan tersebut tidak berkesan kerana kebiasaanya pelonggaran dasar monetari mengambil untuk beri kesan positif terhadap ekonomi.

Jadi buat masa ini, kebanyakkan bank pusat lebih cenderung untuk menggunakan dasar fiskal iaitu kerajaan perlu bertindak lebih proaktif.

Salah satu sumber dari ECB menyatakan, terdapat tekanan yang besar daripada pelbagai pihak agar melakukan pemotongan kadar faeadh seperti yang dilakukan oleh the Fed dan hal itu mungkin membuatkan pihak ECB terpaksa akur. Walaubagaimanapun, jika terdapat langkah yang lebih efektif maka ia akan diutamakan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat