Adakah Bank Pusat Kanada Ingin Ikut Jejak Langkah Strategi Yang Diterapkan Oleh The Fed?

249

Bank Pusat Kanada setakat ini akan beriltizam dengan strategi dasar yang diamalkan namun terdapat kemungkinan akan mengikuti strategi the Fed A.S yang menilai kembali kerangka sasaran inflasi semasa.

Sebelum keputusan penting the Fed, wakil gabenor BoC, Lawrence Schembri telah mengatakan pandemik yang sedang berlangsung akan menguji keyakinan masyarkat terhadap sasaran kadar inflasi 2%.

Seramai 30 pakar ekonomi dalam soal selidik yang dijalankan oleh Reuters meramalkan pertemuan ahli-ahli BoC pada 9 September akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25%.

Walaubagaimanapun 13 dari 19 pakar ekonomi mengatakan bahawa BoC akan mengkaji kerangka inflasi sebelum tarikh akhir Disember 2021. Kebanyakannya data pertumbuhan inflasi sedang berada pada landasan yang betul dan bergerak menuju sasaran inflasi purata, seperti yang dilakukan the Fed.

Terdapat pendapat bahawa BoC tidak akan mengikuti sama seperti yang dilakukan the Fed namum hasil akhir berkemungkinan akan lebih rendah. Inflasi dijangka akan bertumbuh pada kadar 0.7% dan 1.6% pada tahun ini dan tahun seterusnya. Inflasi teras berkemungkinan bertumbuh di bawah 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat