Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden merancang untuk mencalonkan Peguam Negara California, Xavier Becerra sebagai Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia hari ini.
Perkara itu didedahkan oleh dua sumber yang mengetahui mengenai maklumat berkenaan.
Becerra akan berdepan tugas sukar untuk mengetuai agensi kesihatan selepas negara itu berdepan angka jangkitan Covid-19 dengan lebih 2,000 ke positif direkodkan setiap hari. AS mencatatkan lebih 14 juta kes dan 281,000 kematian setakat ini.
Menurut Datuk Bandar Long Beach, California iaitu Robert Garcia, Biden begitu komited untuk menubuhkan Kabinet yang terdiri daripada pelbagai diversiti.
Ujar Garcia lagi, Biden telah melantik seseorang yang mempunyai rekod baik dalam soal penjagaan kesihatan serta mempunyai tahap integriti dan intelek yang tinggi.
Dalam Kongres, Becerra memainkan peranan penting dalam meluluskan Akta Penjagaan Kesihatan Mampu Milik yang dicadangkan oleh bekas Presiden, Barack Obama sebelum ini.
Becerra juga mengetuai pakatan 20 negeri mempertahankan akta terbabit yang juga dikenali sebagai Obamacare di hadapan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Selain Becerra, Biden juga meminta Pengarah Institut Alergi Nasional dan Penyakit Berjangkit, Anthony Fauci supaya kekal sebagai ketua penasihat perubatan.
Becerra berkhidmat sebagai wakil Demokrat AS dari tahun 1993 hingga 2017 sebelum kembali ke California untuk menjadi Peguam Negara.