Adakah Benar UK Telah Menemui Vaksin Wabak Covid-19?

482

Vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Universiti Oxford dan syarikat farmasi ternama, AstraZeneca telah menerbitkan sebuah jurnal perubatan yang menunjukkan hasil tindak balas yang meyakinkan dalam percubaan ke atas manusia pada peringkat awal.

Eksperimen yang dikenali sebagai ChAdOx1 nCoV-19 itu menggabungkan bahan genetik dari koronavirus dengan adenovirus yang diubah suai. Percubaan fasa satu tersebut merangkumi lebih daripada 1,000 peserta.

Profesor Adrian Hill, pengarah Institutsi Jenner Universiti Oxford, memberitahu CNBC pada hari Isnin bahawa terdapat tindak balas imun yang kuat dan meyakinkan. Hal ini menunjukkan vaksin lebih cenderung memberikan perlindungan kepada pesakit daripada wabak Covid-19 walaupun tidak ada yang jaminan 100 peratus. Beliau turut menyatakan bahawa para saintis berharap dapat memulakan percubaan ke atas manusia di Amerika Syarikat dalam beberapa minggu kehadapan.

Pada pertengahan bulan Julai, terdapat lebih daripada 135 vaksin telah menjalani ujian praklinikal, dan sekitar 30 vaksin diuji secara klinikal di seluruh dunia.

Setakat ini wabak Covid-19 telah menjangkiti lebih daripada 14 juta orang di seluruh dunia dan mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 606,206 pesakit berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins.

Walaupun data dari Universiti Oxford menjanjikan, para saintis memberi amaran bahawa masih ada persoalan yang tidak dapat dijawab dengan baik iaitu mengenai bagaimana tubuh manusia bertindak balas setelah dijangkiti virus.

Adakah antibodi yang dihasilkan sebagai tindak balas terhadap Covid-19 dapat menghindarkan pesakit daripada dijangkiti lagi?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat