Adakah Biden Mampu Selamatkan Ekonomi A.S?

482

Reuters telah menjalankan satu tinjauan daripada para pakar ekonomi baru-baru ini. Hasil daripada tinjauan tersebut, majoriti pakar ekonomi berpandangan bahawa pakej fiskal yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (A.S). Joe Biden mampu merangsang ekonomi malah paras ekonomi dapat di capai ke paras pra-Covid-19.

Biden telah menggariskan cadangan pakej rangsangan bernilai $1.9 trillion bagi merangsang kembali ekonomi negara A.S yang terkesan akibat pandemik Covid-19. A.S telah menjadi pusat penularan pandemik Covid-19 dengan 400,000 orang telah menemui kematian disebakan Covid-19. Kenyataan Biden telah mendorong saham Wall Street ke paras tertinggi sejak semalam.

Dalam tinjauan yang melibatkan 100 pakar ekonomi, majoriti optimis dengan pertumbuhan ekonomi A.S. Pandangan para pakar ini telah mendorong harapan pemain pasaran.

Menurut ahli ekonomi, Michelle Meyer dari Bank of Amerika, pakej rangsangan fiskal tersebut akan menghadkan impak wabak Covid-19 dan langkah ‘lockdown’ yang dikenakan. Di tambah pula pengedaran vaksin Covid-19 yang lebih luas tidak lama lagi akan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi.

Pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ini dijangka akan lebih perlahan. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pakar berpendapat ekonomi A.S akan mencapai tahap pra-Covid-19 dalam tempoh seawal 6 bulan.

Indeks dolar didagankan paras terendah mingguan terbaru berikutan keyakinan terhadap pakej rangsangan yang telah mendorong para pelabur untuk beralih kepada matawang berisiko. Setakat jam 9.00 p.m Indeks US dolar mengukuh 0.12% kepada paras tukaran 90.233.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat