Adakah Bitcoin Masih Dianggap Sebagai Aset Safe Haven?

929

Sebelum ini, kita digemparkan dengan isu kejatuhan matawang kripto yang dikaitkan dengan situasi ekonomi semasa yang merudum.  Kini, sekali lagi dunia dikejutkan apabila harga bitcoin telah jatuh sebanyak 48% dalam tempoh 24 jam hingga mengakibatkan kerugian $93.5 bilion di pasaran matawang kripto!

Selain itu, matawang kripto terbesar itu juga didakwa telah mengalami kemerosotan sebanyak 25% semasa sesi dagangan pada waktu pagi sebelum mencatatkan kerugian. Seterusnya, penurunan sebanyak 22% mengakibatkan kerugian sebanyak $6,206 iaitu rekod tertinggi dalam tempoh 5 tahun.

Dalam tempoh 5 hari yang lalu, nilai bitcoin dilaporkan merosot 30% yang berpunca daripada krisis harga minyak dan kebimbangan pelabur terhadap wabak merbahaya, COVID-19. Di samping itu, pasaran saham global telah jatuh begitu juga dengan harga minyak yang mencatatkan penurunan setelah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyekat perjalanan dari Eropah untuk membendung coronavirus.

Sehubungan dengan itu, para pelabur semakin bimbang dan tidak mahu melibatkan diri dalam aset berisiko hingga menyebabkan kejatuhan bitcoin. Oleh itu, kemampuannya sebagai matawang dan mempunyai nilai simpanan stabil mula dipersoalkan.

Berikutan dengan kejatuhan itu, matawang kripto yang lain juga terjejas dan merekodkan penurunan. Contohnya, Ethereum jatuh 27% manakala XRP merosot 21%.

Persoalannya, adakah bitcoin masih lagi memegang status sebagai aset ‘safe haven’?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat