Adakah BoE Akan Menerapkan Polisi Kadar Faedah Di Bawah Sifar?

275

Semalam, Jerome Powell telah menekankan prospek langkah yang bakal diambil oleh pentadbiran A.S bahawa A.S tidak berminat untuk menurunkan kadar faedah di bawah sifar. Pada hari ini, berdasarkan kenyataan Gabenor Andrew Bailey, Bank pusat England (BoE) tidak mempertimbangkan untuk mengambil langkah yang besar iaitu menurunkan kadar faedah di bawah sifar.

Menurut Bailey, langkah penurunan kadar dibawah sifar bukanlah sesuatu sedang berada dalam perancangan. Tindakan yang bijaksana dan tepat harus diambil dalam menangani impak penularan wabak Covid-19.

Beberapa bank pusat di Eropah dan Jepun telah mencuba penerapan langkah kadar faedah negatif yang memberikan hasil beragam. Kadar faedah negatif bermatlamatkan mendorong pencegahan pegangan lebihan wang oleh bank dan menggalakkan pinjaman, menjana pelaburan perniagaan dan meningkatkan perbelanjaan pengguna.

Bagi Bailey, kadar faedah dibawah sifar memerlukan komunikasi yang lebih meluas dan jelas agar penarapan langkah tersebut berkesan. Langkah kadar faedah dibawah sifar merupakan langkah yang besar dan berisiko tinggi kerana ia boleh mendatangkan masalah untuk pihak bank.

BoE menurunkan kadar faedah 2 kali pada bulan Mac ke paras terendah sepanjang masa iaitu sebanyak 0.1%. Tambah Bailey, setakat ini masih belum ada kejelasan sejauh mana pertumbuhan ekonomi akan merosot dan bagaimanakah langkah tersebut akan memberikan kesan pada masa jangka panjang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat