Adakah Corak Ini Akan Dorong GBP/USD Lebih Rancak?

410

Perkhabaran gembira terhadap pasca Brexit tampaknya tidak bertahan lebih lama setelah dipengaruhi keyakinan pelabur yang berkurang bagi melihat Bank of England (BOE) meningkatkan kadar faedah lebih awal.

Dalam hal ini, ia telah memberi impak kepada matawang USD untuk terus catat pengukuhan selepas masih mempunyai tunjang utama susulan kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) pada sebelum ini.

Tindak tanduk Fed akan terus menjadi perhatian menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat yang boleh mempengaruhi keputusan mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Memantau kepada pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD dilihat tidak berupaya meneruskan pendakian selepas harga membuat rejection di trendline resistance untuk junam semula.

Yakni harga tampaknya telah pun mengalami junaman melebihi 70 pips untuk kembali mencecah zon sokongan 1.32000 yang secara tidak langsung ia terus mengekalkan trend bearish sejak Oktober 2021.

Namun zon sokongan itu sekali lagi kekal menyokong lonjakan harga pada penghujung sesi sehingga bersambung ke dagangan hari ini (Rabu) untuk jangkaan membuat cubaan dalam uji semula trendline resistance.

Trendline resistance tersebut terus kekal menjadi tumpuan bagi menyaksikan isyarat awal perubahan trend yang mungkin bakal memacu harga mencapai ke zon SBR (support become resistance) 1.33000.

Jikalau pergerakan harga berjaya meningkat ke zon SBR berkenaan, sama sekali pelabur dijangka akan membuat pernilaian untuk harga menguji zon SBR 1.34000 bagi melihat trend bullish yang lebih jelas.

Tetapi pada akhirnya harga pada carta GBP/USD dilihat seakan sedang membentuk corak descending triangle yang berkebarangkalian akan cenderung untuk mendorong harga mengekalkan trend bearish.

Asbab itu pelabur mungkin akan menyaksikan pergerakan harga mencecah ke zon sokongan 1.32000 dan kemungkinan bakal berupaya untuk jatuh lebih parah dalam mencatat paras terendah terbaharu.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat