Adakah Dagangan AUD/USD Akan Tembus Paras Tumpuan 0.7000?

454

Sentimen risk-on pasaran pada Khamis didorong oleh harapan terhadap perkembangan vaksin atau penawar bagi virus pandemik Covid-19 mengatasi kebimbangan peningkatan kes jangkitan di Amerika Syarikat (AS).

Syarikat Emergent BioSolutions menjadi syarikat terbaru dengan usaha untuk ujian rawatan khusus buat perlindungan kepada pegawai kesihatan daripada penularan virus Covid-19. Usaha penghasilan vaksin dilakukan pada kadar yang terpantas.

Susulan tersebut, US dolar sebagai matawang safe-haven kembali bergerak susut sementara pelabur menantikan data tuntutan faedah pengangguran AS pada sesi New York nanti.

Matawang komoditi seperti dolar Australia pula pamerkan peningkatan pada nilai dagangan susulan mendapat kelebihan dalam sentimen risk-on pasaran.

Di samping itu juga, data inflasi China yang diterbitkan baik pada sesi Asia turut menyokong dagangan Aussie untuk bergerak lebih kukuh.

Namun kenaikan tidak begitu ketara ekoran pelabur kekal berhati-hati dengan trend perubahan sentimen pasaran untuk beberapa minggu ini.

Pada carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD semalam, harga pamerkan kenaikan pada sesi New York selepas pergerakan mendatar harga di sesi Asia dan paras support 0.69300 gagal ditembusi ketika diuji pada sesi Eropah.

Kenaikan harga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) dan menguji zon SBR (support become resistance) 0.69700.

Sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan harga menyambung kenaikan ke paras sekitar 0.69900 sebelum turun semula ke zon RBS (resistance become support) 0.69700.

Sesi pasaran Eropah melihatkan harga cuba untuk meneruskan kenaikan menuju paras tumpuan pada 0.70000.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan selepas harga berjaya melepasi zon resistance tersebut menuju pula ke paras ketingggian terbaru sekitar 0.70800.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras tumpuan 0.69300 dan zon RBS 0.69100 akan diuji sebelum harga menentukan arah pergerakan seterusnya.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke paras 0.68300 atauu zon support di sekitar 0.68100.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat