Adakah Dagangan GBP/JPY Akan Terus Mencari Paras Terendah Yang Terbaru?

596

Matawang Pound Sterling masih diniagakan lemah dan menunjukkan prestasi kurang cemerlang pada minggu ini. Perkembangan pada rundingan Brexit yang perlahan terus menjadi faktor kemerosotan matawang British tersebut dalam pasaran semasa.

Selain itu, laporan data pekerjaan UK turut dilihat lemah apabila tumpuan diberikan kepada indeks purata pendapatan yang menurun. Angka bacaan mencatatkan penurunan 3.2% daripada 3.5% untuk bulan Mac.

Pasaran pekerjaan semakin membimbangkan dan akan merosot lebih teruk ekoran faktor Brexit yang menjejaskan pelaburan perniagaan.

Tiada laporan terbaru berkenaan rundingan Brexit buat ketika ini dan ini membuatkan dagangan Sterling agak mendatar namun masih menunjukkan risiko ke arah penurunan.

Jika diperhatikan dagangan pada pasangan matawang GBP/JPY, harga dilihat bergerak mendatar pada zon support 141.500 hari ini sebelum harga mula menunjukkan sedikit penurunan pada awal dagangan sesi pasaran Eropah.

Harga cuba untuk membuat penurunan melepasi paras terendah yang dicapai pada minggu lalu berhampiran paras support 141.113 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga dijangka akan melepasi paras 140.826 (MagicS2) sebelum mencecah penurunan ke paras sekitar 140.299 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot 141.640 hari ini, jangkaan kenaikan harga akan melepasi paras ketinggian semalam sebelum menuju ke paras resistance pada 142.741 (MagicR3) yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 141.113, 140.826, 140.299.

Paras resistance: 141.927, 142.454, 142.741.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat