Adakah Data Dari China Punca Emas Menyembah Bumi Dalam Sesi Asia?

45

Harga emas menyembah bumi dalam sesi Asia sementara copper melonjak berikutan data positif dari China. Pengukuhan data dari China ini telah memberi gambaran tentang pengukuhan ekonomi kedua terbesar dunia itu sementara menunggu keputusan mesyuarat dasar dari Fed bermula hari ini.

Di Comex, emas bagi penghantaran bulan Februari merosot sebanyak 0.06 peratus. Dalam masa yang sama, silver futures dan copper futures masing-masing meningkat sebanyak 0.02 peratus dan 0.46 peratus.

China melaporkan data yang lebih baik bagi jualan runcit, pengeluaran perindustrian, dan pelaburan asse tetap bagi bulan November.

Semalam harga emas meningkat lebih tinggi berikutan kebanyakan pelabur berhati-hati berikutan potensi kenaikan kadar yang bakal diumumkan oleh Fed dalam mesyuarat semakan dasar yang bermula 13 hingga 14 Disember ini.

Kadar faedah yang lebih tinggi akan memberi tekanan buat emas. Justeru sebarang perincian terhadap kenaikan kadar akan memberi impak kepada logam tersebut.

Trump Akan Umumkan Setiusaha AS Yang Baru Hari Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat